Header Ads

ads header

Flash News

Bakar pusat tahfiz, remaja diarah bela diri


KUALA LUMPUR:
Seorang remaja berusia 19 tahun menangis teresak-esak sebaik Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memerintahkannya membela diri atas tuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, September 2017.

Pada prosiding itu juga, rakannya selaku tertuduh kedua, yang sebelum ini turut didakwa atas pertuduhan sama, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan hanya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pertama, yang ketika kejadian berusia 16 tahun, di akhir kes pendakwaan.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri dan menetapkan 2 dan 3 Mac ini untuk perbicaraan kes.

Terdahulu, ketika mahkamah mula bersidang kira-kira jam 2.30 petang, kedua-dua remaja itu dilihat tenang dan hanya mendiamkan diri.

Bagaimanapun, sejurus prosiding selesai, tertuduh pertama dilihat gagal menahan air mata dan menangis sebaik dihampiri ahli keluarganya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua remaja itu didakwa atas 23 pertuduhan membunuh 23 penghuni pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim, manakala peguam bela Haijan Omar mewakili kedua-dua tertuduh.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. bak kata org2 tua dulu kala...hutang darah dibayar darah .. airmata ja tak cukup

    BalasPadam