Header Ads

ads header

Flash News

Isu Paksaan Letak Jawatan Maszlee Bayangan Rombakan Kabinet Mula..


Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberi bayangan peletakan jawatan beliau akan memberi fajar baharu dalam kabinet Kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam sidang medianya, Dr Maszlee menjelaskan keputusan yang dibuat ketika pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan permulaan yang baharu.

"Saya percaya keputusan ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan yang baharu.

"Percayalah, reformasi negara tidak akan pernah berjaya tanpa menjadikan kebajikan rakyat sebagai tumpuan paling utama," katanya pada sidang media khas di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Khamis.

Dalam sidang media itu, Dr Maszlee juga meluahkan kekecewaannya kerana tempoh 20 bulan beliau mengemudi KPM, beliau dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

"Walau bagaimanapun saya percaya saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga KPM. Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam tiga kalimah keramat, ‘Pendidikan Untuk Semua’," katanya lagi.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu juga merakamkan penghargaan kepada Dr Mahathir yang telah memberi peluang kepada beliau menerajui KPM selama 20 bulan.

Beliau menyifatkan peluang yang diberikan oleh Dr Mahathir merupakan hadiah terbaik buatnya apatah lagi sebagai seorang pendidik dan aktivis akademia.

Maszlee menjelaskan beliau membuat keputusan untuk mengosong jawatan tersebut selepas mendapat nasihat daripada Dr Mahathir.

"Di atas nasihat YAB Perdana Menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang redha walaupun berat, saya, Maszlee Malik memulangkan kembali jawatan saya sebagai menteri pendidikan kepada perdana menteri, berkuatkuasa 3 Januari 2020," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Bodoh punye pengundi hancing,,,,
    Pengundi hancing bnyk bdk2 kpop bodoh setan

    BalasPadam
  2. Melayu cibuk berebut jawatan PM,fitnah semburit dan fitnah altantuya.jawi dari 6muka surat kepada 3 muka surat dan PIBG lebih kuasa dari KPM.
    Cina DAP diam2 duk susunatur pegang jawatan dalam GLC,bawak masuk cina n India ramai2 tanpa keluar,bagi IC,bagi tempat tinggal dikondo mahal yang melayu tak boleh beli.Kemudian dapat Ic dan boleh undi pangkah DAP.

    BalasPadam
  3. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (IONQQ".COM)

    BalasPadam
  4. Kalau ia pon bagi tol simpang renggam percuma dulu sebelum berhenti .

    BalasPadam