Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan PH terbuka jalin kerjasama termasuk dengan Pas: Tun M


LANGKAWI - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa terbuka bagi membentuk sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Pas jika ia memberi manfaat kepada negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beberapa siri pertemuan beliau dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah perkara biasa memandangkan beliau sentiasa bertemu dengan banyak pihak termasuk pemimpin parti pembangkang.

Katanya, pertemuan bersama pemimpin Pas terbabit adalah untuk membincangkan mengenai kebimbangan mereka terhadap beberapa dasar yang dibuat kerajaan.

"Saya memerlukan sokongan semua pihak termasuk mereka yang pernah menjadi musuh saya," katanya ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke Projek Demonstrasi 5G di 5G Command Centre Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di sini hari ini.

"Saya tidak berdendam dengan mereka, jika mereka boleh buat sesuatu yang bagus dan saya akan bekerjasama dengan mereka.

Menurut Dr Mahathir, beliau pernah bekerja bersama Najib, namun sekarang beliau bekerja bersama Lim Kit Siang.

"Saya tidak berdendam dengan mereka, jika mereka boleh buat sesuatu yang bagus dan saya akan bekerjasama dengan mereka.

"Mereka (Pas) berjumpa dengan saya kerana mereka risau tentang beberapa perkara, saya cakap kepada mereka, jika kami (PH) buat perkara salah, jangan sokong kami di parlimen, jika kami buat perkara betul dan baik untuk rakyat dan negara, sokonglah kami walaupun anda berada di pihak pembangkang," katanya.

Tambah Dr Mahathir, hubungan baik dengan Pas pasti akan memberi kelebihan kepada kerajaan dalam melaksanakan dasar seperti yang dirancang.

Terdahulu, terdapat laporan akhbar yang memaparkan gambar pertemuan Perdana Menteri dan Presiden Pas yang didakwa akan mewujudkan satu kerjasama politik.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Biasa la orang tua ni....kapal dah nak tenggelam mula lah gelabah nak cari pelampung. Pelampung nak selamatkan anak beranak dia sekali. Tak gitu?

    BalasPadam
  2. cakap tak boleh pakai macam cerita budak dengan serigala

    BalasPadam
  3. Tak pa, kalau Tun M masuk Maufakat National, aku dan bersama dg rakan2 lain akan bersama Ibrahim Ali dalam Putra

    Kirim salam sama umnobn dan maufakat national

    BalasPadam