Header Ads

ads header

Flash News

Masalah menerima 'sumbangan' korporat


Kini telah menjadi satu trend agensi kerajaan memohon sumbangan dari syarikat korporat bagi membiayai pelbagai program kerajaan.

Dari satu aspek, memang semua syarikat korporat mempunyai tanggungjawab sosial (CSR) bagi membantu pihak kerajaan. Namun, apabila ia sampai ke tahap agensi kerajaan terpaksa tunduk kepada kehendak korporat, maka ia menjadi suatu ancaman.

Lebih malang bilamana syarikat korporat menjadi penaja kepada parti pemerintah.

Ingatlah dunia politik ini tiada benda percuma atau 'No free lunch', oleh itu penajaan sedemikian membuka kecenderungan kepada berlakunya kronisme dan amalan korupsi.

Tindakan kementerian dan agensi di bawahnya yang bergantung kepada sumbangan badan korporat dilihat menjadi punca wujudnya tekanan syarikat korporat kepada pihak kerajaan.

Barangkali inilah faktor utama yang menyebabkan Menteri Pendidikan terpaksa meletakkan jawatan apabila beliau berani menyusun semula kontrak-kontrak yang tersentuh kroni parti tertentu.

Kerajaan mesti mencari jalan bagi membiayai semua projek kementerian dan tidak lagi bergantung kepada sumber korporat.

PAS menggesa agar perkara ini dapat dipertimbangkan di dalam akta mengawal dana politik, yang nampaknya perlu disegerakan secepat mungkin untuk membendung kronisme and korupsi yang tidak pernah reda di dalam politik Malaysia.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
4 Januari 2020
9 Jumada I 1441 Hijri




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Admin numpang promo ya..
    Cari uang sampingan ?? Hubung! kami AjoQQ"c0m (WA: +855969190856 ) ^^

    BalasPadam
  2. "Barangkali inilah faktor utama yang menyebabkan Menteri Pendidikan terpaksa meletakkan jawatan apabila beliau berani menyusun semula kontrak-kontrak yang tersentuh kroni parti tertentu."

    "Barangkali.."

    telahan yang boleh membawa fitnah, kecuali tuan guru haji dr datuk seri tuan ibrahim tuan man boleh sertakan sekali buktinya untuk kita sama2 tabayyun..

    setahu saya, semua parti, sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang, sama ada kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri ada menerima sumbangan syarikat swasta dalam mana2 aktiviti tertentu mereka..

    jika memang ada unsur rasuah atau salah guna kuasa, sila dedahkan dan laporkan kepada pihak berkuasa..
    setakat buat propaganda dan ke"barangkali"an macam ni, budak tidak beragama pun lagi hebat dan tidak mencerminkan seorang yang tokoh dalam bidang agama..

    BalasPadam