Header Ads

ads header

Flash News

Mengapa Sabtu dan Ahad dipilih sebagai hari cuti minggu?


Setiap kali bekerja, anda pasti akan menunggu kehadiran hari Sabtu dan Ahad untuk bercuti bersama keluarga tersayang.

Anda ingin berehat, memanjakan diri, meluangkan masa bersama keluarga, berjalan mahupun melancong dan banyak lagi aktiviti menarik boleh dilakukan bersama.

Namun sebelum sistem ini diguna pakai, majikan pada asalnya akan mengerah kesemua kakitangannya bekerja sepenuh masa tanpa cuti.

Cuti hanya diberi jika mereka sakit atau alasan tertentu sahaja yang dibenarkan pihak majikan.

Namun semuanya berubah apabila hari “May Day” menjadi titik tolak kebangkitan pekerja melawan arahan majikan, seterusnya memulakan proses penambahbaikan pada jadual, hari dan jam setiap pekerja diwajibkan bekerja.

Sebab itulah kita menyambut hari pekerja pada setiap tahun yang jatuh pada 1 Mei.

Berikutan daripada pengenalan waktu 40 jam maksima seminggu dengan 8 jam bekerja dalam sehari, ini bermakna semua pekerja perlu bekerja selama 5 hari dalam seminggu bagi melengkapkan 40 jam dengan 2 hari selebihnya iaitu Sabtu dan Ahad dianggap hari cuti.

Mengapa Sabtu dan Ahad?



Pada 1908, sebuah kilang di New England, Amerika telah membuat keputusan untuk memberikan cuti pada hari Sabtu.

Ini kerana pekerja Yahudi mengadu yang mereka terpaksa bekerja pada hari Sabbath, namun pekerja Kristian diberi hak pada hari Ahad supaya boleh ke gereja.

Jadi selepas itu banyak kilang telah membuat perkara yang sama untuk memberikan cuti pada Sabtu dan Ahad.

Namun bukan semua negara mengikut sistem tersebut kerana bagi negara Islam seperti Mesir, Jordan dan Iraq, negara ini bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Yaman menjadi negara Islam terakhir mengamalkan sistem Khamis dan Jumaat sebelum mengubahnya kepada Jumaat dan Sabtu dalam tahun 2013, selari dengan negara-negara Islam lain.

Begitu juga di Malaysia yang meletakkan cuti pada Jumaat dan Sabtu bagi negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor dan negeri lain ikut orang kapir. Perlis daripada ikut Islam tukar ikut kapir.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan