Header Ads

ads header

Flash News

Pendedahan Rakaman Perbualan Talipon Oleh SPRM Ibarat Senjata Makan Tuan..


Dalam satu sidang media yang dilakukan oleh SPRM baru-baru ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya telah mendedahkan satu rakaman perbualan talipon yang didakwa antara DS Najib dan beberapa individu yang lain.

Sangat jelas, tujuan pendedahan rakaman perbualan talipon itu dibuat kepada umum adalah bermotifkan politik, apa lagi di saat menjelangnya PRK Kimanis pada 18 Januari 2020 ini.

Karektor DS Najib mesti dimatikan dengan segera bukan saja dalam PRK Kimanis yang menjelang tiba tetapi juga dalam mana-mana pilihanraya kecil yang akan datang, terutamanya pada PRU 15 nanti.



Setelah berbagai usaha untuk menutup mulut DS Najib dengan memasukkan beliau ke dalam penjara dilihat gagal termasuk cubaan membuka balik penyiasatan kes pembunuhan Altantuya dengan mengaitkan DS Najib juga gagal, maka pendedahan perbualan talipon ini dilakukan.

Sekiranya pendedahan rakaman perbualan talipon ini nanti gagal mempengaruhi mahkamah dalam membuat keputusan kes SRC dan 1MDB, sekurang-kurangnya pendedahan ini dijangka akan membunuh katektor DS Najib di mata rakyat.

Pendedahan SPRM Ibarat Senjata Makan Tuan


Apa yang Latheefa Koya tidak sedari ialah pendedahan rakaman audio itu telah membuktikan bahawa DS Najib tidak berbohong selama ini, baik di dalam mahkamah mahu pun dalam media sosial.

Rakaman audio itu membuktikan bahawa memang benar ada usaha dilakukan untuk menyelesaikan masaalah 1MDB secara baik dan mengikut lunas undang-undang, tidak seperti kerugian urusniaga Forex yang telah menyebabkan negara kerugian lebih RM30 bilion telah disembunyikan di bawah karpet oleh pentadbiran Dr. Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri ke 4.

Rakaman audio itu juga mengesahkan bahawa dana yang digunakan oleh anak tiri DS Najib, Riza Aziz, datangnya dari pelaburan yang dilakukan oleh Pengerusi International Petroleum Investment Comlany @ IPIC serta Putera Abu Dhabi.

Dalam ertikata lain, menafikan bahawa DS Najib telah salah gunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri dengan memberi arahan kepada 1MDB supaya memberikan dana kepada Riza Aziz sebagaimana Dr. Mahathir telah menyalahgunakan kuasa dan pengaruh beliau sebagai Perdana Menteri ke 4 dengan memberi arahan kepada Petronas supaya 'bail out' syarikat anak dan kroni beliau yang rugi!!!

Rakaman audio itu juga telah membuktikan bahawa Riza Aziz telah membayar balik sebahagian dari dana yang diterima untuk projek filem beliau walau pun ianya dalam bentuk pelaburan, berbeza dengan anak dan kroni Perdana Menteri ke 4 yang tidak bayar balik dana negara yang digunakan untuk 'bail out' syarikat mereka yang rugi.

Dalam Facebook beliau, DS Najib memberitahu, memandangkan rakaman audio itu sangat membantu beliau dalam kes SRC dan 1MDB, maka pihak peguam beliau akan mendapatkan perintah mahkamah supaya rakaman audio itu dari pihak SPRM, namun ianya mesti mendapat pengesahan kesahihan kewujudan rakaman audio itu di sisi undang-undang sebelum boleh digunakan sebagai bukti baru pembelaan, kerana tak mahu rakaman audio yang diakui sahih tapi tak dapat dikenal pasti suara dalam audio macam kes video Semburit yang dikaitkan dengan Azmin Ali.


Kesilapan terbesar dan terbodoh yang dilakukan oleh Latheefa Koya melalui pendedahannya ialah ianya membuka ruang pembatalan perbicaraan kerana kesilapan prosiding dan lebih memburukkan keadaan ialah sekiranya rakaman audio itu boleh diterima mahkamah sebagai bukti yang baru, pihak DS Najib boleh mendakwa Latheefa Koya kerana menghina mahkamah (BACA DI SINI).

Nampaknya sekali lagi usaha untuk membunuh karektor DS Najib akan gagal.

Pada sesiapa yang berada di belakang pendedahan audio ini, admin sertakan firman Allah SWT dalam Al-Quran :

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Mafhumnya :

Mereka membuat tipu daya dan Allah SWT membalas tipu daya mereka.
Allah SWT sebaik-baik pembalas tipu daya.

Sebelum nyawa sampai ke halkum, bertaubatlah atau kalau merasakan perancangan manusia itu lebih hebat dari perancangan Allah SWT, cubalah lagi kalau masih tak nak bertaubat!!!





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. PH makin bodoh kini.Warisan ke anak cucu.bengap tahap dewa

    BalasPadam
  2. Kamu dedah perbualan telefon kepada dunia.Maknanya sebarang perbualan ketua negara boleh didedah,telah menjatuhkan kepercayaan negara luar kepada Malaysia.Pelaburpun akan lari kerana tiada jaminan keselamatan.Ketua negara UEA sebagai contoh mudah,perbulannya didedahkan.Lepas fitnah altantuya,kemudian dedah perbualan telefon...lepas ni apa lagi utuk bunuh DSN.PH GAGAL DAN BENGAP.Menjauh dan menambahkan lagi kebencian sedia ada kepada PH.Semoga PH maju jaya dengan kerja dosa ini ini

    BalasPadam
  3. macam-macam dah zaman skrg ni..tak tau mana satu nak percaya dah..hanya Allah je yang tahu dan akan balas ....

    BalasPadam