Header Ads

ads header

Flash News

PH nak tukar PM, rakyat nak tukar k’jaan


TERDAHULU Rafizi mengatakan dia tidak berniat kembali aktif dalam politik selepas dibebaskan daripada hukuman penjara 30 bulan atas kesalahan mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) 15 November lalu.

“Masalah utama orang politik baik BN dan sekarang PH apabila menang jadi kerajaan, dia tak hidup seperti orang biasa, dia jadi lupa daratan, terpisah dari realiti.

“Jadi saya rasa masa PH berkuasa adalah zaman saya kembali jadi orang biasa, cari makan macam orang biasa,”

Itu laporan Malaysiakini bulan November 2019. Satu pengajaran yang kita terima sepanjang pemerintahan PH ini adalah lahirnya ramai pimpinan yang ‘flip flop’ tonggang terbalik dan cakap berpusing-pusing.

Tiba-tiba si polan yang mahu kembali jadi orang biasa ini mengeluarkan kenyataan dari Singapura atas isu peralihan kuasa Perdana Menteri.

Kata Rafizi kononnya rakyat semakin hilang sabar berhubung penyerahan jawatan PM dari Tun ke Anwar.

Oleh itu perlu dinyatakan tarikh yang jelas dan jika Tun enggan tarikh yang diputuskan perlu dipaksa ke atas beliau.

Cukup keras kenyataan orang yang mahu kembali menjadi orang biasa ini.

Untuk rekod Rafizi-lah antara tokoh penting mendraf Manifesto PH yang hari ini menjadi sasaran maki hamun dan kemarahan rakyat.

Pada hari ini yang sibuk mahu lihat peralihan kuasa adalah orang-orang kuat Anwar dalam PKR termasuk Rafizi dan DAP. Anwar sebagai PM sudah menjadi agenda peribadi mereka.

Tetapi rakyat Malaysia langsung tak ambil pusing. Bohong kalau Rafizi mendakwa rakyat tidak sabar mahu lihat peralihan kuasa ini.

Hakikatnya hari ini dengan ketempangan dan kepincangan serta kegagalan Kerajaan PH, terang-terang memungkiri janji, yang rakyat tidak sabar adalah mahu melihat PH ditendang keluar.

Bukan tukar PM tapi tukar kerajaan.

Segala nestapa dan kesusahan rakyat tidak ditangani sebagaimana dijanji dan hari ini mereka ada muka untuk minta rakyat sokong menaikkan Anwar sebagai PM.

Cukuplah sekali ditipu.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR HARAKAHDAILY 10/1/2020



MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

9 ulasan:

  1. Baru kali ini dengan jujurnya rafizi bercakap... Memang betol rakyat nak tukar kera jaan yg bongkah sekarang ni.. Banyak putar belit.. Lagi baik kerajaan lama.. Kebajikan rakyat terjamin

    BalasPadam
  2. Seelok nya tukar kerajaan je,cakap da banyak meroyan.cakap berbelit2.

    BalasPadam
  3. Sokong tukar kerajaan ..lebih baik yng lama kesulitan.kesusahan rakyat terjamin ...sekarang.rakyat.mcm.patun jadinya..mkm janji 2.yng tk tertunai..amat susah dn making susah..

    BalasPadam
  4. Dalam perlembagaan ade ke org cine n India d boleh mngundi d pilihan Raye?,

    BalasPadam
  5. Kini benarlah kisah pak kadok dan dikunci dengan lajunya bukan lagi kisah dongeng tapi berlaku pada era ini. Begitu juga pak pandir dan lebai malang dizaman sekarang yang terlalu cerdik menjadi terlalu bodoh mengaku pembela rakyat sebaliknya menghancurkan rakyat dan negara.semua watak2 ini ada terpakai dalam PH.

    BalasPadam
  6. Nasib org melayu dan kaum bumi...tiada pembelaan

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. X logik KOMUNIS dijadikan PEJUANG
    sedangkan membunuh askar, polis, org awam@membuat huru hara, KEKEJAMAN & pembunuhan, HANYA KERANA SEMATA2
    INGINKAN KUASA PEMERINTAHAN!!!!!!

    BalasPadam