Header Ads

ads header

Flash News

Politik Dunia Islam yang ramai tidak faham


Di Iraq, ketika era kekuasaan Saddam, tak ramai yang berani bercakap tentang lelaki bermisai lebat yang paling berkuasa di Iraq pada zamannya. Kalau kita tanya pun, kawan-kawan Iraq lebih mengambil sikap berdiam diri atau menunjukkan isyarat tangan di leher. Saya faham, maknanya baik diam atau...

Suatu hari soalan yang sama saya ajukan kepada guru kami yang mulia, Almarhum Syeikh Abdul Karim Mudarris, apa pandangan Tuan Syeikh tentang Saddam? Kata Syeikh, "wahai anakku, adanya Saddam bala bagi Iraq, tapi kalau Saddam tiada, bala akan jadi lebih besar."

Saya pulang dari perantauan di Iraq pada tahun 1999 tanpa saya memahami apa yang dimaksudkan dengan ungkapan kata-kata guru kami tersebut.

Tahun 2003, selepas kejatuhan Saddam, Iraq dihancur leburkan oleh US, kerajaan boneka US pimpinan syiah mengambil alih kuasa, disebalik hasil minyak yang melimpah ruah, Iraq menjadi antara negara termiskin dan paling tak selamat di dunia, pembunuhan, letupan bom dan kematian berlaku hampir setiap hari, rakyat Iraq berkelana ke serata dunia termasuklah ke Malaysia bagi mencari kehidupan dan paling tragis negara Iraq kehilangan kedaulatan maka barulah saya faham dan mengerti akan apa yang dimaksudkan oleh Tuan Syeikh dan ianya telah nyata berlaku. 

Ramai kawan-kawan Iraq yang berhijrah ke Malaysia mengeluh dengan nada penyesalan, kata mereka, "kalaulah Saddam masih ada."

Malah bekas Penganalisis CIA, John Nixon, individu pertama yang menyoal siasat Saddam selepas ditahan oleh US pada 2003 mengakui bahawa rantau Timur Tengah akan lebih aman sekiranya Saddam tak digulingkan dan beliau mengakui bahawa sebenarnya Iraq tak pernah membangunkan senjata pemusnah besar-besaran sebagaimana dakwaan US dan dengan dakwaan inilah mereka menyerang Iraq.

Kita akui Saddam bukan Islamik. Parti Baath pimpinannya ialah sebuah parti sosialis. Tapi beliau antara yang boleh dibilang jari dari kalangan pemimpin Arab yang berani mengangkat muka dihadapan kuasa hegemoni barat.

US sebenarnya telah menjajah Iraq sejak 1991 lagi. Bila Iraq dikenakan sekatan ekonomi, US telah mengepung Iraq dari segenap penjuru. Minyak Iraq boleh dijual, tapi di bawah kawalan PBB/US. Hasil jualan minyak dibahagi 3. Satu bahagian untuk memulihkan kerosakan perang di Kuwait. Yang buat kerja-kerja pemulihan ialah kontraktor US. Satu bahagian lagi untuk program bekalan makanan dan ubatan. Yang dapat kontrak membekalkan makanan dan ubat-ubatan dan dibayar dari hasil minyak Iraq ialah negara-negara yang bersama US dalam Perang Teluk 1991. Satu bahagian lagi untuk kawasan autonomi Kurdish di Utara Iraq. Minyak dijual, tapi Iraq tak dapat duit.

Pesoalannya, benarkah US datang sebagai tentera pembebas untuk membebaskan Iraq dari kekejaman Saddam? Bila orang Iraq sendiri mengesahkan bahawa zaman Saddam beribu kali lebih baik dari zaman US, maka saudara dapat jawab sendiri soalan ini.

Apakah US pro syiah dan anti sunni sebab kerajaan boneka Iraq yang diangkat US dipimpin oleh syiah? Mereka yang memerhatikan krisis rantau Timur Tengah dengan teliti akan memahami bahawa sunni atau syiah tak penting bagi US. Yang penting ialah, siapa yang sanggup menjadi boneka mereka. Iran negara syiah jadi musuh US, di Iraq US angkat syiah jadi pemimpin. Lalu syiah Iraq yang berkuasa berlaku zalim kepada orang sunni. Di Iraq US lawan sunni tapi Kuwait sebagai negara ummat Islam sunni pula jadi sekutu kuat US. Ini permainan barat yang perlu dibaca dengan mata hati dan kefahaman.

Dunia barat melihat pertembungan sunni-syiah boleh menjadi titik panas bila dimanipulasikan. Sedangkan orang sunni dan syiah telah hidup bersama secara aman damai sejak beribu tahun lalu. Sunni tak akan jadi syiah dan begitulah juga sebaliknya.

Malangnya kerana kita rela menjadi bahan mainan barat. Ada krisis dan konflik yang berlaku antara sunni-syiah, US dianggap sebagai hero dan pembela. Penyelesaian dalam ruang lingkup sesama negara dan kesatuan ummat Islam bukan lagi menjadi pilihan. Alangkah naifnya kita.

Tuan Guru Presiden PAS bila hadir dalam persidangan antarabangsa di Iran, tujuannya bukan untuk sokong syiah dan bukan juga untuk dakwah syiah supaya jadi sunni. Tapi Tuan Guru mengingatkan betapa pentingnya kesatuan ummat Islam dan jangan kita menjadi bahan permainan kuasa barat. Inilah yang ramai orang tak faham!

Dr Azman Ibrahim




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. admin goyang teloq ja.. iklan judi dh melambak pun dibiarkan

    BalasPadam
  2. Halo, nama saya adalah SALSABILLA ZULFKAR yang mengutuk hukuman di tangan pemiutang palsu. Saya kehilangan sekitar Rp. 30,000,000 kerana saya memerlukan modal besar Rp. 300,000,000 ,. Saya hampir mati, saya tidak mempunyai tempat untuk pergi. Perdagangan saya telah musnah, dan dalam proses saya kehilangan anak dan ibu saya. Saya tidak boleh tahan lagi kejadian ini. Minggu lalu saya berjumpa seorang sahabat lama yang menjemput saya kepada seorang ibu yang baik, Cik KARINA ROLAND LOAN COMPANY, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman sebesar Rp.500,000,000

    Ibu yang baik, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menerima terima kasih saya, dan semoga Allah terus memberkati ibu yang baik KARINA ROLAND dan rakan saya. Saya juga ingin menggunakan peluang ini untuk memberikan nasihat kepada orang Indonesia yang lain, terdapat banyak penipu di sana, jadi jika anda memerlukan pinjaman dan keamanan dan siapa saja yang memerlukan pinjaman harus cepat, hubungi KARINA ROLAND melalui email karinarolandloancompany@gmail.com
    Anda masih boleh menghubungi nombor whatsApp ibu +1 (585) 708- 3478
    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel: (salsabillazulfikar4@gmail.com). untuk maklumat lanjut.

    BalasPadam
  3. Hai semuanya, Nama saya Angga Annisa dan saya berbicara sebagai orang yang paling bahagia di seluruh dunia hari ini sebelum sekarang saya secara finansial dipukul tanpa harapan akan bantuan apa pun, tetapi ceritanya akan segera berubah ketika saya bertemu dengan Ibu. Saya sangat senang untuk mengatakan keluarga saya kembali untuk selamanya karena saya membutuhkan pinjaman sebesar Rp.700juta untuk memulai hidup saya di sekitar karena profesi saya karena saya seorang ibu tunggal dengan 3 anak dan seluruh dunia tampak seperti itu tergantung pada saya sampai Tuhan mengirim saya kepada sebuah perusahaan yang mengubah hidup saya dan keluarga saya, perusahaan yang takut akan Tuhan, ISKANDAR LENDERS, mereka adalah Juruselamat Tuhan yang dikirim untuk menyelamatkan keluarga saya dan pada awalnya saya pikir itu tidak akan mungkin sampai saya mendapat pinjaman sebesar Rp.700 juta dan saya akan menyarankan siapa pun yang benar-benar membutuhkan pinjaman untuk menghubungi Bunda Iskandar melalui email. [iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com] karena ini adalah pemberi pinjaman yang paling memahami dan baik

    Contact Details:

    e_mail Address:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com>>>>
    WhatsApp:::+6282274045059
    Company::Iskandar Lenders"""""
    Loan Amount:::Rp.700juta
    Name:::::Angga Annisa
    Country::::Indonesia
    Occupation:Trader
    Year:April,2020

    Jumlah minimum>>>>>>Rp.100 juta
    Jumlah maksimum>>>>>Rp.100 miliar

    BalasPadam