Header Ads

ads header

Flash News

Ramkarpal - Latheefa Koya Dilihat Tidak Beretika & Dikesali


Penyiaran rakaman perbualan telefon antara dua puluh individu berhubung dakwaan konspirasi pecah amanah, salah guna kuasa, serta pemalsuan bahan bukti didakwa termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dilihat tidak beretika dan dikesali.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, yang juga Pengerusi Biro Guaman DAP, Ramkarpal Singh berkata, beliau secara peribadi menganggap tindakan itu tidak berpelembagaan, dan tidak boleh disokong kerana ia jelas mencerobohi hak asasi manusia.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Ramkarpal berkata, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya tidak sepatutnya berbuat demikian kerana ia hanya akan mengakibatkan perbicaraan oleh media mengenai individu yang dikaitkan dalam siri perbualan telefon itu.

Jelasnya lagi, memang semua pihak ingin mengetahui sama ada benar atau tidak apa yang diperkatakan dalam perbualan itu, atau sama ada individu berkenaan benar-benar melakukan sebarang elemen jenayah,

Namun, Ramkarpal berkata, itu semua adalah tugas hakiki mahkamah, bukan media atau mana-mana agensi yang bertanggungjawab melakukan siasatan.

Sama ada benar atau tidak ada elemen jenayah, katanya lagi, ia bergantung kepada siasatan SPRM atau Polis Diraja Malaysia dan seterusnya dibentangkan segala bukti berkenaan kepada mahkamah.

Ramkarpal berkata, jika penyiaran bahan bukti ini berterusan, beliau khuatir masyarakat akan melihat yang tertuduh terus dibicara melalui sidang media, bukan mahkamah perundangan.

Dalam sidang media SPRM pada Rabu, Latheefa memberi menegaskan pendedahan berkenaan dibuat demi kepentingan awam.

Astro Awani




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Bkn demi kepentingan awam... Tetapi demi menjatuhkan maruah orang lain... Anak koya dh terikut telunjuk tok ketua...lepas ni anak koya la di persalahkan pulak bkn tok ketua

    BalasPadam
  2. PH = Parti Sidang Media..
    Sikit2 buat sidang media.
    Sikit2 buat sidang media.
    Gila publisiti gila politik.
    Bawak la bukti pergi court, mmg tgh bicara. Bukan beri pada media. Latheefa sengaja nak mempolitikkan isu. Dia lawyer dulu, bukan dia tak tahu tu kerja mahakamah. Tapi nak menjatuhkan politik org tu. Sebab Kes Altantuya dah x panassssssss.. Tambah plak skrg sedang berkempen PRK KIMANIS

    BalasPadam
  3. Makcik koyak telah melanggar undang-undang seksyen 65 Akta SPRM 2009 dengan mendedahkan maklumat rakaman audio kepada orang ramai sebelum pihak polis melakukan siasatan ke atas maklumat tersebut.

    Sepatutnya KERAjaan memecat makcik koyak atau makcik koyak meletak jawatan.

    BalasPadam