Header Ads

ads header

Flash News

Selepas Institut Darul Ehsan, kini Ilham Centre rosak etika




Najib Razak yang tidak yakin dengan hasil kajian Ilham Centre meramalkan Warisan akan memenangi Pilihan Raya Kecil Kimanis esok, menyifatkan ia bermotifkan politik dan tidak ikhlas.

“Ini propaganda mereka. Di PRK Tanjung Piai, IDE (Institut Darul Ehsan) tampil dengan analisis kata Pakatan Harapan akan menang di sana.

“Tetapi, sebaliknya kami menang dengan majoriti besar lebih 15,000 undi, jadi kami tak fikir banyak tentang kajian begini kerana ia dibuat berdasarkan niat politik.

“Ia bukan berdasarkan keikhlasan analisis sebenar,” katanya ketika menghadiri sebuah majlis di pusat daerah mengundi Dindong di Membakut hari ini.

Satu kajian rambang oleh badan pemikir Ilham Centre menunjukkan faktor parti tempatan dan sokongan tokoh berpengaruh akan memberi kelebihan kepada Warisan untuk memenangi PRK Kimanis, walaupun timbul isu kontroversi Pas Sementara Sabah (PSS).

Pada PRK Tanjung Piai, badan pemikir milik kerajaan Selangor, IDE menerusi kajiannya berkata, calon PH, Karmaine Sardini mendahului dengan 53% sokongan, manakala Wee Jeck Seng daripada BN hanya mendapat 44% sokongan.

Bagaimanapun, keputusan rasmi menunjukkan Wee mendapat 25,466 undi – lebih separuh daripada 10,380 undi yang diperolehi Karmaine daripada PPBM.

Sementara itu, Najib terus mengkritik PSS dengan berkata, ia mungkin menyebabkan Projek IC 3.0 yang merujuk projek kontroversi didakwa membabitkan pemberian kerakyatan secara sistematik kepada pendatang asing tanpa izin di Sabah pada 1980-an, dimulakan.

“Jika kami tolak PH dan Warisan, itu bermakna kami juga menolak PSS.”

MR :  Orang kuat Ilham Centre orang kuat AMANAH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: