Header Ads

ads header

Flash News

Virus Corona: Satu amaran dari Allah S.W.T


BAGI orang-orang yang beriman segala musibah yang berlaku mempunyai hikmahnya. Musibah Virus Corona yang sedang merebak sekarang ini adalah satu amaran kecil dari Allah agar manusia kembali kepadaNya. Apabila ia berlaku ke atas golongan kafirun maka ianya adalah bala. Adapun jika ia terkena juga ke atas orang beriman maka ianya adalah ujian daripada Allah untuk bersabar.

Turunnya bala daripada Allah ke atas manusia apabila mereka bermegah-megah dan berbangga melakukan maksiat dan kemungkaran. Apakah lagi kemungkaran yang paling besar selain dari memerangi agama Allah dengan merobohkan rumah ibadat-Nya dan memaksa hamba-hamba-Nya yang beriman supaya meninggalkan agama-Nya sebagaimana apa yang dilakukan oleh pemerintah China terhadap umat Islam Uyghur.

Islam mengamalkan konsep mencegah lebih baik dari merawat. Justeru itu al-Quran telah menggariskan batas-batas dalam pemakanan manusia. Maka terdapat makanan-makanan yang diharamkan oleh Allah kerana ia boleh membawa mudharat bukan sahaja kepada orang yang memakannya bahkan juga kepada masyarakat sekeliling. Antara perkara-perkara yang dilarang keras dan diharamkan ialah:

(1) Daging khinzir
(2) Bangkai
(3) Darah
(4) Binatang yang tidak disembelih dengan nama Allah
(5) Binatang-binatang yang memakan makanan yang jijik
(6) Ular
(7) Serangga

Hadis-hadis akhir zaman memberikan isyarat secara tidak langsung bahawa akan tularnya virus-virus yang akan meragut nyawa manusia yang ramai. Antaranya satu hadis sahih yang menyebut salah satu tujuan Nabi Isa A.S. diturunkan oleh Allah nanti ialah untuk membunuh khinzir. Jika dirangkum hadis ini dan hadis-hadis lain yang seumpamanya boleh dirumuskan bahawa:

(1) Zaman turunnya Nabi Isa A.S. adalah kerana manusia mengalami kepupusan disebabkan wabak yang melanda sehingga mengorbankan ramai nyawa manusia.
(2) Punca utama kepada wabak itu ialah Khinzir. Justeru salah satu misi Nabi Isa A.S. ialah membunuh khinzir.

Begitu juga hadis-hadis tentang fitnah Yakjuj wa Makjuj yang akhirnya dimatikan sekali gus oleh Allah S.W.T apabila sejenis ‘ulat’ (Virus) yang terkena pada leher mereka, berjangkit dan mati sekali gus.

Maka wabak ini sebenarnya adalah peringatan jelas oleh Allah S.W.T kepada manusia agar kembali beriman kepada-Nya dan juga menuruti jalan agama-Nya yang sebenar. Ia juga adalah salah satu daripada tanda-tanda hampirnya kiamat sebagaimana yang tercatat dalam banyak hadis-hadis sahih.

Di sebalik tularnya Novel Coronavirus 2019 yang ditakuti akan mengancam umat manusia. Umat Islam sebenarnya harus mengingati kembali apa yang terjadi umat manusia terdahulu yang ingkar kepada ajaran Allah S.W.T. Bagaimana kaum Nabi Luth yang Allah terbalikkan bumi ke atas mereka, bagaimana kaum Nabi Nuh ditimpa banjir besar yang menenggelamkan bumi, semuanya kerana mereka ingkar pada ajaran Allah S.W.T.

Sebelum terlambat, marilah kita memohon keampunan kepada Allah S.W.T serta diberi hidayah dan petunjuk. Tanda-tanda kiamat sebenarnya sudah hampir. Kembalilah kepada ajaran Allah S.W.T, tegakkan hukum-Nya di muka bumi ini dan gembelingkan kekuatan untuk gemilangkan kembali Islam di muka bumi ini.

Moga kita semua terhindar dan terpelihara daripada bala, malapetaka dan bencana.

YB MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
ADUN Batu Burok

HARAKAHDAILY 26/1/2020



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Antisipasi Dilakukan Maksimal, Gubernur Arinal Imbau Masyarakat Tidak Khawatir dan Panik terhadap Virus Corona Gera...Read More

    BalasPadam