Header Ads

ads header

Flash News

Annuar Musa sahkan Presiden UMNO ke Istana Negara


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sahkan Presiden UMNO  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Istana Negara.

Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO sebentar tadi telah memberi mandat kepada Presiden untuk menyokong pemimpin parti lain.

Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan bergegas keluar dari Ibu Pejabat UMNO sejurus selesai Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Media turut dimaklumkan oleh sumber daripada salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk bergerak ke Hotel Sheraton, Petaling Jaya untuk perkembangan lanjut malam ini.

Dikatakan, satu sidang media khas akan dibuat di lokasi itu.

Pada awal hari ini, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui berkata, beliau diminta oleh Ahmad Zahid pada sebelah pagi untuk memanggil semua ahli MKT menghadiri mesyuarat, dipercayai berkaitan situasi politik terkini membabitkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan