Apa selepas ini....
1. Samada kita suka atau tidak, Kerajaan Pakatan Harapan memang sudah jatuh. Ketidakstabilan ikatan parti2 dalam PH di samping politik berlebihan di dalam parti sendiri yang banyak menyumbang kepada kejatuhannya. Di samping faktor liabiliti DAP yang disebut2 Orang itu.
2. Tidak pernah dibuat Orang, PM sebuah kerajaan yang memerintah menukar parti2 dalam kerajaannya di tengah jalan. Pasti ada sesuatu yang buruk di dalam PH yang memaksa beliau melakukan demikian. Dalam usianya sedimikian, tiada kepentingan lain melainkan kepentingan negara juga yang dijadikan sandaran.
3. Tidak mungkin untuk Komponen parti2 ini untuk mengekalkan status quo kerajaan sedia ada selepas kejutan yang berlaku pada hari Ahad yang sangat panjang semalam. Kalau pun PH masih wujud, perasaan prejudis di kalangan parti Komponen atau di kalangan ahli Parlimen sepakatan akan semakin menebal.
4. Pilihan yang ada hanyalah membenarkan sebuah Kerajaan Baru terbentuk dengan gabungan parti2 politik baru yang lebih stabil atau membubarkan Parlimen.
5. Pembubaran Parlimen mungkin langkah yang terbaik kepada kebanyakan kita bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru. Namun Ketidakstabilan politik pada hari ini Di samping suasana ekonomi yang tidak menentu akan membawa kepada masalah yang lebih buruk kepada negara.
6. Namun apabila sebuah parti yang memerintah, kalah 5 PRK secara berturut-turut dengan majoriti yang besar, secara tidak langsung menggambarkan mandat rakyat yang disebut2 Orang itu telah tidak bersama dengan kerajaan yang sedia ada.
7. Maka akhirnya sebuah kerajaan baru sahaja pilihan yang perlu Di ambil. Menariknya contoh di Negeri Perak sebelum ini pasti akan di guna pakai oleh YDP Agung bagi membantu baginda membuat keputusan. Baginda akan berjumpa semua stakeholders. Menimbang baik buruk setiap pilihan. Baru lah pengumuman dapat dilakukan seperti menunggu Pemegang mohor besar raja2 buat pengumunan Hari Raya sahaja suspennya. 😊
8. Adakah akan ada reformasi kedua?. Rasanya tidak. Dokongan DSAI 22 tahun lampau tidak lagi bersama beliau pada hari ini. Tiada lagi Jentera PAS yang menggerakkan rakyat. Tiada lagi aktivis reformasi yang membentuk PKR yang sanggup menadah badan untuk disembur dengan water Canon atau dibogelkan dalam tahanan penjara. Majoriti mereka dalam blok Azmin. Yang tinggal dalam PKR ialah Otai Reformasi yang tidak bergigi atau Budak Hingusan seperti kata YB Zuraidah.
9. Apapun kita berdoa semoga negara ini terus aman makmur Dan sejahtera untuk tahun2 memdatang.
Dr Mohd Mazri Yahya
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan