Header Ads

ads header

Flash News

Azmin dakwa Anwar cuba beli ahli parlimen untuk gagalkan Kerajaan Baharu


Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali menyuarakan kebimbangan bahawa rancangan untuk mewujudkan gabungan baru dengan pembangkang akan gagal jika ia terus ditangguhkan.

Azmin berkata demikian ketika pertemuan dengan para penyokongnya malam tadi.

Ia selepas beliau berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Yang di-Pertuan Agong memerlukan masa untuk membincangkan soal cadangan kerajaan baru.

Semalam, Azmin bersama kemnya dalam PKR bersama-sama pemimpin daripada Bersatu, Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan Warisan ke Istana Negara, dikatakan untuk menunjukkan mereka mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

Keputusan pertemuan itu tidak didedahkan tetapi Azmin berkata lebih masa diperlukan.

"Berilah peluang kepada Tun Dr Mahathir dan Yang Yang di-Pertuan Agong untuk berbincang kerana mereka memerlukan sedikit masa.

"Tapi saya ingatkan jangan (ambil masa) lama sangat sebab ada pihak yang cuba beli ahli parlimen. Saya kenal orang itu (yang cuba berbuat demikian), bos saya juga dulu," katanya disambut ketawa penyokongnya, yang berkumpul di sebuah bilik di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Azmin mendakwa anggota parlimen PKR yang menyokongnya telah menerima panggilan dan tawaran, termasuk jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Katanya, itulah sebabnya penubuhan gabungan baru itu tidak boleh memakan masa terlalu lama.

"Baru-baru ini pihak berkuasa memaklumkan bahawa puluhan juta (ringgit) telah sampai kepada pihak berkenaan untuk membeli (anggota parlimen).

"Jadi kita tidak boleh lama kerana masalah ini.

"Insya-Allah parti-parti yang mengadap Agong petang tadi (semalam) telah berikrar akan mempertahankan prinsip ini dan insyaAllah kita akan melihat satu gabungan baru yang boleh menjamin masa depan kita dengan lebih cemerlang," katanya lagi.

Tidak akan kompromi

Jika gabungan baru itu diwujudkan, ia kemungkinan besar tidak akan menyertakan DAP, Amanah dan PKR memandangkan ketiga-tiga parti itu tidak terbabit dengan sejumlah pertemuan kumpulan politik yang berlaku malam tadi, yang disusuli dengan pertemuan dengan Agong dan majlis makan malam di Hotel Sheraton.

Presiden PKR Anwar Ibrahim pula menyifatkan perkembangan malam tadi sebagai satu pengkhianatan dan menjangkakan perubahan akan berlaku dalam masa terdekat.



Dalam pertemuan itu, Azmin menafikan membuat persetujuan dengan Umno dan PAS untuk membentuk gabungan baru tersebut.

Beliau mendakwa mana-mana pemimpin parti itu yang telah didakwa di mahkamah akan terus berdepan dengan tindakan undang-undangi itu.

"Kita tidak akan kompromi. Tiada deal dengan Umno atau PAS.

"Sesiapa yang hadapi pelbagai tuduhan di mahkamah, mereka akan kekal dengan pertuduhan tersebut dan berdepanlah dengan mahkamah. Ini syarat yang kita gunakan.

"Sesiapa yang hadapi pertuduhan dan merasakan mereka tak bersalah, laluilah proses tersebut. Biar mahkamah tentukan, bukan tugas kita untuk menyelamatkan mereka," katanya lagi.

Antara pemimpin politik yang berkumpul di Hotel Sheraton malam tadi ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan sejumlah anggota parlimen daripada parti-parti terbabit.

Satu pengumuman sepatutnya dibuat malam tadi tetapi dibatalkan kemudiannya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kita menolak parti kafir harbi DA-Pigs dan boneka dan khadam liberalnya kerana mereka menindas Islam dan umat Islam.

    Kita menyokong kerajaan baru PAS, Bersatu Dan UMNO dll untuk membela Islam dan hak umat Islam.

    BalasPadam
  2. Sesiapa yang melanggar perlembagaan yang asal patutnya diseret ke mahkamah

    BalasPadam