Header Ads

ads header

Flash News

DAP panggil mesyuarat tergempar ketika Anwar, wan Azizah dijadual hadap Agong


KUALA LUMPUR: DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabatnya di sini, susulan spekulasi ia mungkin disingkirkan daripada Pakatan Harapan jika penyusunan baru politik berlaku.

Pemimpin DAP, termasuk mereka yang memegang jawatan kanan Kabinet mengunci mulut ketika spekulasi hangat mengatakan pembabitannya dalam kerajaan persekutuan mungkin berakhir.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim bersama isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 2 petang ini.

Semalam, Lembah Klang “sibuk” dengan cakap-cakap Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai satu langkah politik untuk menyingkirkan DAP daripada PH yang memperoleh kemenangan bersejarah pada pilihan raya umum Mei 2018.

Malam tadi, ahli Parlimen dan pemimpin PPBM, PAS serta Umno muncul di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, di mana Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan penyokongnya mengadakan pertemuan sebelum itu.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan