Header Ads

ads header

Flash News

Guna kuasa dengan bijaksana. Jagalah kepentingan agama, bangsa dan negara


GUNAKAN kuasa dengan bijaksana. Jagalah kepentingan agama, bangsa dan negara. Untuk elakkan daripada ditimpa celaka.

Setiap kali bersuara, akan menjadi mangsa. Dituduh sebagai pengkhianat bangsa. Apa pilihan yang aku ada. Bila kepentingan agama bertembung dengan kepentingan bangsa. Maka, tidak ada pilihan, melainkan agama. Agama mesti dipertahan bila dipersenda. Apatah lagi jika datangnya daripada musuh durjana.

Perkembangan mutakhir ini semakin bahaya. Yang bersalah dibela, malah keluar penjara. Manakala mereka yang mempertahankan kebenaran, dibiarkan begitu sahaja. Apakah neraca yang digunakan. Keadaan menjadi tidak tentu hala.

Apabila LTTE dibela peguam negara, ramai yang bangun menyuara. Tetapi tidak dihirau kerana dia ada kuasa. Malang sekali buat negara. Kuasa digunakan, tanpa bicara, keadilan entah ke mana. Asalnya daripada kumpulan yang sama, jangan banyak cerita. Lepaskan sahaja. Arwah Adib tidak ada siapa yang bela. Kecuali orang marhaen macam kita.

Ayuhkan, bangun wahai semua. Bersatu, tolak salah guna kuasa. Kita sudah tidak boleh leka. Jika mahukan agama, nasib anak bangsa terbela. Kini, impian hampir menjadi nyata. Kerajaan baharu akan mengambil alih daripada yang sedia ada. Keadaan negara mungkin akan berubah daripada ultra kiasu tercela. Marilah bersama menjayakannya.

Namun, bukan mudah untuk melakukannya, jika asyik bersengketa. Maka….

Pertama, kurangkan sengketa. Hadapi ultra kiasu secara bersama. Pasti ultra kiasu tidak berani angkat muka. Hari ini, kita terus dipihak yang terluka, kerana terlalu alpa, asyik bersengketa, sesama bangsa, sesama agama.

Kedua, mohon Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu memperkenankannya. Kerana kita sudah tidak ada banyak masa. Untuk perbaiki kerosakan ultra kiasu rakus berkuasa.

Ketiga, jika benarlah akan berlaku peralihan kuasa, mohon tadbirkanlah negara dengan bijaksana. Ringankan beban rakyat yang kini hidup sengsara.

Keempat, jangan biarkan ultra kiasu terus bermaharajalela. Tangkap pemimpin mereka yang menghuru harakan negara.

Kelima, ultra kiasu berkata, kerajaan pintu belakang satu pengkhianatan kepada negara. Kerana tidak mengikut aspirasi rakyat memilih mereka. Jawapan saya mudah sahaja, rakyat telah mewakilkan kuasa kepada wakil rakyatnya. Maka, wakil rakyat ada hak untuk membuat keputusan segera. Justeru, tidak timbul soal pengkhianatan seperti yang didakwa.

Keenam, ultra kiasu tidak perlulah bercakap sebagai wira. Terimalah hakikat bahawa rakyat sudah terlampau kecewa. Meluat dengan cara kamu mentadbir negara, penuh dusta dan penuh noda.

Ketujuh, segera pecat peguam negara. Jangan biarkan dia bermaharajalela. Jawatan itu tidak layak untuk dia. Gelaran Tan Sri perlu ditarik balik kerana tidak tahu hormat negeri beraja.

Kelapan, keadilan untuk Allahyarham Adib mesti bela. Walaupun Allahyarham sudah tidak ada. Jangan biarkan orang baik mati sia-sia. Sedangkan orang jahat dalam penjara, terus menerus dibela. Kita mesti tentang pembelaan ke atas LTTE untuk keluar penjara.

Kesembilan, selamatkan harta-harta umat Islam daripada dijaja. Tabung Haji adalah maruah kita bersama.

Kesepuluh, kita sudah tidak pilihan, pintu belakang, pintu depan sama sahaja. Demokrasi membenarkannya. Janji agama, bangsa dan negara terbela.

Kesebelas, ditakdirkan rancangan pintu belakang tidak berjaya. Maka segera bubarkan Parlimen yang ada. Kembalikan semua kepada rakyat untuk menentukannya.

Akhirnya, jika semua perancangan berjaya, tadbirlah negara ini mengikut acuanNya. Jangan biarkan ultra kiasu kembali berkuasa. Gunakan kuasa dengan penuh bijaksana. Jangan terjebak dalam kancah yang hina. Kerana mungkin inilah peluang yang ada.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah


MR :  Bila menteri PH sombong.. rakyat muak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: