Header Ads

ads header

Flash News

Guna ‘pelan B’ tekan Mahathir patuh perjanjian peralihan kuasa, kata pemimpin PKR


SUNGAI BULOH: Seorang pemimpin PKR memberi bayangan bahawa gerakan reformasi dan demonstrasi jalan raya akan berulang sekali lagi sekiranya pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim tidak berlaku.

Bendahari PKR dan juga ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, sekarang adalah masa untuk menggunakan “pelan B” bagi memastikan presiden parti itu yang juga ahli Parlimen Port Dickson diangkat sebagai perdana menteri ke-8.

“Ini masa untuk pelan B dijalankan. Suara rakyat itu penting, kita nakkan pandangan awam, ia adalah tekanan supaya kerajaan kembali kepada landasan.

“Kita sudah turun ke jalan raya sebelum ini, bukan saya mahu suruh mereka turun, tapi kita mahukan semangat,” katanya ketika berucap dalam Program Kupasan Politik Semasa anjuran Gerakan Reformasi Perform di sini, hari ini.

Isu peralihan kuasa perdana menteri kepada Anwar menjadi pertikaian kerana belum ada tarikh muktamad bila ia akan berlaku walaupun ia dipersetujui pimpinan Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihan raya umum Mei 2018.

Terbaru ia menjadi semakin panas susulan satu laporan berita yang menyebut 138 ahli Parlimen (MP) telah menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong supaya Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal pentadbiran kerajaan semasa.

Laporan itu juga menyebut SD tersebut antara lain membabitkan 18 MP PAS, 26 MP PKR, sekurang-kurangnya 13 daripada 39 MP Umno dan 26 MP PPBM.

Ini susulan pengumuman PAS sebelum itu bahawa parti itu akan membawa usul undi percaya terhadap kepimpinan Mahathir sebagai perdana menteri apabila persidangan Dewan Rakyat disambung semula 9 Mac ini.

Berikutan itu Mahathir berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa tentang gerakan SD tersebut, sekali gus mengulangi kenyataannya sebelum ini untuk berundur selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada November depan.

Dalam pada itu Anwar juga berkata, isu peralihan kuasa akan dibincangkan dalam mesyuarat PH 21 Feb ini.

William berkata, melihat kepada perkembangan terkini isu tersebut, beliau menyifatkan Mahathir tidak pernah berubah daripada sikap “diktaktornya” sebelum ini.

“Kita telah beri peluang kepada Mahathir. Kita tahu siapa Mahathir. Dulu dia datang himpunan Bersih pakai baju kuning, laungkan reformasi, dia sokong agenda reformasi.

“Kita memang tidak tahu benar atau tidak apa yang dia cakap, tapi akhirnya bukan sahaja ahli PKR, tapi rakyat semua beri peluang kepada Mahathir untuk dia tunjukkan dia berubah, tapi malangnya sekarang sudah jelas dia langsung tidak boleh berubah,” katanya merujuk kepada pendirian Mahathir yang tidak menetapkan tarikh tepat penyerahan kuasa kepada Anwar.

Beliau juga mendakwa kerajaan di bawah pimpinan Mahathir kini melakukan kezaliman kepada rakyat apabila gagal menunaikan janji manifesto PH, termasuk untuk memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma).

Mengulas gerakan menandatangani SD bagi menyokong supaya Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal, William berkata, jika ada mana-mana wakil PH yang bersetuju, maka ia merupakan satu “pengkhianatan”.

“Kalau ini berlaku kerajaan PH akan hancur dan menjadi (kerajaan) sepenggal,” katanya.

Turut serta pada program hari ini, bekas ahli Parlimen Kapar G Manivannan, bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor dan penulis buku pro Anwar, Shahbudin Husin.


MR :  PH ni mencelakakan rakyat, gaduh hari-hari contoh Terengganu selepas PRU tak ada lagi politik yang diutamakan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Asik2 berebut jawatan sehingga pelabur lari gara2 politik tidak stabil.Bagus Mader BUBARKAN saja Parlimen tu selesai masalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik klu dibubarkan parlimen.sampai bila rakyat nak menanggung keperitan ini.lagi lama ph mentadbir lagi banyak harta negara yg berkepentingan melayu dijarah.maaf cakap harap PM menyedari perkara ini.sampai bila rakyat akan menanggung kegusaran ini setiap hari.

      Padam
    2. Orang mabok kuasa lagi terok dari orang mabok todi...silap2 negara tergadai..

      Padam
  2. Guna pelan B’ tekan Mahathir patuh perjanjian peralihan kuasa, kata pemimpin PKR

    Saya ingat itu yg Mahathir tunggu2... boleh cuba tengok apa yg akan berlaku.

    BalasPadam