Header Ads

ads header

Flash News

India berang Turki mahu ‘selamatkan’ Kashmir


NEW DELHI, 21 Jamadilakhir 1441H, Sabtu – Kementerian Luar Negeri India membantah sokongan dibuat oleh Presiden Turki Recep Tayyib Erdogan terhadap isu Jammu dan Kashmir.

Semalam, Erdogan dalam kenyataan bersama Pakistan menjanjikan sokongannya terhadap Islamabad.

Beliau berikrar bahawa Ankara akan menyokong pendirian Pakistan terhadap isu Kashmir, kerana ia membabitkan kedua-dua negara yang diduduki umat Islam.

Pada masa sama, Erdogan berkata, isu Kashmir dapat diselesaikan bukan melalui konflik atau penindasan tetapi berdasarkan keadilan.

“Saudara-saudara Kashmir kami telah mengalami kesulitan selama beberapa dekad dan penderitaan ini menjadi lebih serius, susulan langkah-langkah unilateral yang diambil sejak kebelakangan ini.

“Penyelesaian seperti itu (atas dasar keadilan) akan memenuhi kepentingan semua pihak yang terlibat. Turki akan terus tegakkan keadilan, keamanan dan dialog dalam resolusi isu Kashmir,” jelas Erdogan, yang merujuk kepada India membatalkan status khas Jammu dan Kashmir pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Luar dalam satu kenyataan mengecam kepimpinan Turki untuk campur tangan dalam urusan dalaman India, selain mengungkit isu keganasan kononnya ditimbulkan oleh Pakistan di Jammu dan Kashmir.

“India menolak semua sokongan ke atas Jammu dan Kashmir, yang juga sebahagian wilayah yang tidak dapat dipisahkan dari India. Kami menyeru pemimpin Turki untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman India,” kata New Delhi.

India pada 5 Ogos tahun lalu membatalkan status khas Kashmir, wilayah majoriti penduduk beragama Islam dalam usaha New Delhi mengintegrasikan kawasan itu dengan negeri lain di negara berkenaan.

Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah berkata, Kerajaan Persekutuan akan memansuhkan Artikel 370, peruntukan Perlembagaan yang memberi status istimewa Kashmir dan membenarkan negeri Jammu dan Kashmir menggubal undang-undang sendiri.

Perubahan itu juga membabitkan pembatalan larangan kepada orang luar untuk membeli tanah di Kashmir dan hak pekerjaan hanya kepada penduduk di wilayah itu sahaja. -Agensi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Semoga Allah Maha Berkuasa menimpakan siksaan yang sangat dahsyat ke atas rejim pengganas Hindu, rejim pengganas China Komunis dan rejim pengganas Israel dll dan penyokong mereka kerana mereka telah menindas, merompak, menyiksa, merogol dan membunuh umat Islam di India, China, Palestin dll. Semoga Allah memusnahkan Dan menghancurkan musuh-musuh Islam. Amin.

    BalasPadam