Header Ads

ads header

Flash News

Janji hapuskan tol dicapatikan PH, Najib jawab Tony Pua


Tony Pua amat bengang dengan saya dan MCA sekali lagi hari ini.

Dia keluarkan siaran media untuk tuduh saya tak tahu kira.
Dia kata pengiraan saya bahawa:

RM400 x 18 tahun = RM7,200 dan RM328 x 38 tahun = RM12,464 adalah salah.
(RM328 itu ialah RM400 selepas diskaun 18%)



Lalu dia bagi dua point.

POINT 1)
Dia kata di bawah perjanjian tahun 2011 masa saya PM, tol akan naik 5% setiap 3 tahun, oleh itu ianya tidak benar bahawa harga tol setiap tahun akan tetap RM400.

Tony dah lupa ke? Sejak tahun 2005 hingga kini, tol milik PLUS tak pernah naik kerana kerajaan BN sanggup dan amat rela membayar pampasan tahunan kepada KWSP supaya tol tak naik harga.

Kenapa apa? Kerana kerajaan mahu pencarum KWSP mendapat dividen yang lebih setiap tahun.

Pampasan yang dibayar itu bukan bayar kepada apa-apa pihak ketiga – tetapi kepada KWSP sahaja. Apa salahnya Rakyat dapat dividen KWSP yang lebih tinggi setiap tahun?

POINT 2)
Dia kata nilai sebenar Ringgit akan jatuh pada masa depan. Oleh itu, RM320 x 38 adalah lebih rendah berbanding RM400 x 18.

Lalu dia tanya, sanggupkah saya pinjam RM10,000 kepada dia hari ini dan dia bayar balik RM10,000 hanya pada tahun 2058.

La… Saya pun tak pasti saya masih ada pada tahun 2058.

Lagi baik dia pinjam RM100,000 kepada saya hari ini dan tengok jika saya atau dia masih ada pada tahun 2058, saya akan bayar balik dia RM200,000 masa itu.

Seterusnya, dia gunakan fakor diskaun 5% setahun untuk mengira (siap dengan graf) bahawa nilai sebenar RM328 x 38 tahun cuma RM5,581 – dan bukan RM12,464.

Dengan menggunakan kadar diskaun 5%, dia sebenarnya kata kadar inflasi tahunan Malaysia akan meloncat naik ke 5% dan akan pada taraf 5% setiap tahun selama 38 tahun sehingga tahun 2058.

Adakah ini realistik sedangkan kadar inflasi Malaysia tahun 2018 ialah 0.97%?

Ataupun PH sudah jangka kadar inflasi Malaysia akan melonjak naik ke 5% tak lama lagi dan tetap pada kadar itu untuk 37 tahun lagi?

Kalau Tony nak terus menipu pun, biarlah bijak sedikit.

Tapi apa yang pasti dan tidak akan dapat di nafikan oleh Tony ialah:

1. Rupanya, lanjutkan tol 20 tahun adalah langkah pertama untuk hapuskan tol seperti logik PH.
2. Rakyat akan mengalami kesesakan trafik di plaza-plaza tol setiap musim perayaan untuk 20 tahun lebih lama lagi.
3. Tony Pua telah bertahun-tahun menipu bahawa kos sebenar untuk hapuskan semua tol di Malaysia hanya RM26 bilion.
4. Pencarum KWSP yang akan beri subsidi tol tahunan kepada kerajaan dan pengguna lebuhraya tol.
5. PH telah capatikan janji manifesto dan ikrar mereka untuk hapuskan tol.
6. Dari masa ke semasa, saya dan Rakyat akan terus memuat naik semula segala video-video formula hapus tol Tony Pua sebelum PRU14 untuk menghiburkan kita.

NAJIB RAZAK

MR :  Mana lah nak mengaku kencing..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan