Kalau ikut Cakap Bodoh Kadir Jasin, Mahathir lemah takut dengan SU sendiri
A Kadir Jasin berkata Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu kerana majoriti Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu lebih menghiraukan pandangan "setiausaha politiknya berbanding pandangannya".
"Beliau (Mahathir) meletakkan jawatan kerana merasakan majoriti ahli Majlis Pimpinan Tertinggi lebih mendengar cakap setiausaha politiknya berbanding dirinya sendiri," kata Kadir dalam tulisan di blognya hari ini.
Kadir yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik "setiausaha politik" yang dimaksudkannya.
Untuk rekod, Mahathir mempunyai tiga setiausaha politik iaitu Abu Bakar Yahya, Muhammad Zahid Mat Arip, Mohamad Nuhairi Rahmat. Malaysiakini masih cuba menghubungi mereka untuk mendapatkan ulasan.
Iklan
Kadir berkata, Mahathir merujuk kepada "perdebatan hangat" yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang membincangkan masa depan Bersatu dalam PH, yang berlangsung Ahad lalu.
"Pada mesyuarat itu, Mahathir menjelaskan mandat yang diberikan Majlis Presiden PH pada mesyuarat 21 Feb.
"Beliau merayu kepada ahli Majlis Pimpinan Tertinggi untuk tidak memaksanya mengenepikan prinsip dan melanggar janjinya (untuk menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim selepas Sidang Apec pada Nov)," katanya.
Semalam, selain meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, Mahathir juga meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu.
Peletakan jawatan Mahathir itu hadir tidak lama selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Bersatu keluar PH, selain 11 ahli parlimen yang diketuai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali meninggalkan PKR dan PH.
MR : Kadir ni dia MP mana?
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan