Header Ads

ads header

Flash News

"Kalau saya mungkir janji ..." - Tun Mahathir


KUALA LUMPUR: "Kalau pun saya nak mungkir janji, saya cuma jadi Perdana Menteri kerana dapat sokongan daripada parti saya terutamanya dan daripada majoriti ahli Dewan Rakyat."

Itu kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai senario peralihan kuasa yang masih menjadi persoalan banyak pihak.

Sebelum ini, Dr Mahathir sudah beberapa kali berkata akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Membayangkan kemungkinan yang boleh sahaja berlaku, Dr. Mahathir tidak menolak senario yang membayangkan beliau akan 'ditolak' daripada jawatan itu.

"Kalau saya tak mahu letak jawatan tetapi majoriti dalam Dewan Rakyat tolak saya saya jatuh," katanya dalam satu wawancara yang disiarkan di saluran YouTube The Malaya Post.

Tegas Dr Mahathir, pihak yang berkuasa dalam menentukan kedudukan individu sebagai Perdana Menteri ialah anggota Dewan Rakyat.

Pada masa sama, beliau turut membayangkan senario di mana pencalonan seseorang individu sebagai Perdana Menteri boleh ditolak Dewan Rakyat walaupun individu itu dari parti majoriti.

Anwar pada Khamis mengumumkan kesediaan beliau untuk menunggu enam bulan lagi sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr Mahathir.

MR :  Nampak ada yang kena tunggu sehingga habis penggal


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Janji ini permainan Tun.

    BalasPadam
  2. Janji pilihanraya bukan setaraf kitab suci yang wajib dipatuhi secara mutlak. Katanya la....

    BalasPadam
  3. Seronok kena kencing dan mengencing sampai penyokong Ph pun menggigil gigil menahan kencing..hahahaha

    BalasPadam
  4. Dah tau Tun kaki putaq alam, percaya buat apa
    ...apa nama tu.
    ..

    BalasPadam