Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa perlunya Anwar buat kenyataan ini? Macam orang takut kepada bayangan sahaja..


Bila terbaca kenyataan SEGERA daripada seorang pemimpin yang beriya-iya hendak menjadi PM ke-8 saya mari rasa tertanya-tanya... Kenapa perlu Anwar buat kenyataan ini, jika benarlah perkara itu sekadar psy-war seperti yang Anwar sendiri war-warkan.

Tak perlu taku kepada bayangan. Tak perlu buat permainan politik baik dengan Tun di luar, tetapi pelbagai duri dihamburkan kepada Tun daripada dalam.

Di bawah ini adalah kenyataan daripada "Anjing yang takut pada bayang sendiri"...
KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
13 Februari 2020

Saya bertemu Perdana Menteri di Putrajaya sekembalinya saya dari Port Dickson.

Dalam pertemuan tersebut saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad membincangkan mengenai peralihan kuasa. Saya bangkitkan isu tersebut kerana ada usaha daripada PAS, sekumpulan dari UMNO dan sebilangan kecil dari KEADILAN sendiri yang dipercayai berusaha mendapatkan tandatangan menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir sehingga akhir penggal.

Perdana Menteri tidak terlibat dalam usaha tersebut malah mengulangi kenyataan tegas bahawa beliau akan melepaskan jawatan seperti yang telah dijanjikan.

Saya cenderung agar beliau terus menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Namun perkara ini akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 21 Februari ini.

Saya turut memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa memandangkan wujud muslihat licik sedemikian maka pimpinan PH dan beberapa rakan lain akan tetap mempertahankan perjanjian Muafakat PH yang dimeterai pada 7 Januari 2018, yakni tegas menyokong kepimpinannya selaku Perdana Menteri Ke-7 dan saya sebagai Perdana Menteri Ke-8.

Saya juga ingatkan bahawa selama hampir dua tahun usia PH, muafakat yang termeterai tersebut tidak pernah digugat oleh mana-mana parti bersekutu – KEADILAN, DAP, AMANAH dan PPBM.

ANWAR IBRAHIM


MR :  Kesian, dulu pernah dengar video Tun kata buat 50 jawatan PM berikan satu kepada Anwar...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Apa nk bimbang.. Allah izin tak ke mana. Jika Allah nk kan tak siapa pun boleh halang.

    BalasPadam
  2. PM tepi tadak segan silu dah.kemaruk sangat.sebelum ajal menjemput, cepat2 lh bgelar PM

    BalasPadam
  3. Takda salah pun kenyataan Anwar. Bagaimana boleh dikatakan dia gila kuasa walhal dia sanggup bertolak ansur. Bukan Anwar nak jadi PM, rakyat yg mahukan dia jadi PM. Perkara itu sudah disebut dalam buku manifesto. Jadi kenapa PH nak menafikan dia jadi PM. Bukankah yg gila kuasa ialah org tua berumur 95 tahun yg taknak berundur dengan berbagai alasan. Admin bongok kerana tidak reti nak menilai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... tunggu menang PRU15 la, baru jelas mendapat mandat dari rakyat.

      Padam
  4. Admin tu..beri pandangan..semua orang ada pandangan masing2..tunggu n lihat lah..jgn excited...

    BalasPadam