Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan Pakatan Harapan masih sah


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sah di sebalik perkembangan politik tanah air sekarang.

Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menegaskan sebagai kerajaan yang sah, PH akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab, memenuhi mandat yang diberikan rakyat.

“Buat masa ini kita hanya menunggu. Saya difahamkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kita masih kerajaan, namun kita wajar menantikan titah dan pendirian Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Dr Dzulkefly yang juga Menteri Kesihatan berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Pengurusan Kelesuan Bagi Anggota Kesihatan Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, AMANAH akan tetap mendokong keputusan muafakat seperti yang ditetapkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) Jumaat lalu.

"Pendirian kita adalah mendokong keputusan yang ditetapkan Perdana Menteri Tun (Dr Mahathir Mohamad) seperti yang dibuat dalam mesyuarat Majlis Presiden PH. Itu pendirian kami dan bersandarkan kepada keputusan muafakat Majlis Presiden (PH)," katanya.

Semalam, beberapa parti politik kerajaan dan pembangkang, masing-masing mengadakan mesyuarat tergempar sebelum khabar angin mengatakan kerajaan PH akan dibubarkan.

Mesyuarat tergempar itu bermula dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum sebahagian pemimpin PKR diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan mesyuarat bersama kumpulannya di sebuah hotel, tidak jauh dari ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya.

Lebih menggemparkan apabila parti pembangkang, UMNO dan PAS turut mengadakan mesyuarat khas. Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut mengadakan mesyuarat di ibu negara.

Kemuncaknya apabila enam pemimpin parti terbabit diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara petang semalam.


MR :  Memang sah... malah kalau bertukar pun sah kerana pertukaran sokongan sahaja bukan pertukaran kerajaan.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Dr zukefley tu bab kerajaan mana dia tahu,dia tahu saman org isap rokok je dkt kedai je tu

    BalasPadam
  2. berpolitik biarlah matang.gentleman.jgn main tikam blkg...rkyt setia menimbang.menilai..siapa yg ikhlas dlm mnjalankan t/jwb..

    BalasPadam
  3. gilo apao nih ooo nk jadi menteri sangat ni. ..jadi menter i monyett ok jugak

    BalasPadam