Header Ads

ads header

Flash News

'Kerajaan tanpa pembangkang' jika Dr M dapat sokongan penuh


Anggota majlis tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad.

"Sekiranya Tun Mahathir mendapat sokongan seratus peratus ahli dewan rakyat, beliau boleh melantik sesiapa sahaja dari mana mana parti sebagai anggota kabinet.

"Dalam kata lain, sekiranya semua ahli dewan rakyat menyokong beliau, maka akan terbentuk sebuah "unity government" dan tidak ada pembangkang. Jika ini boleh dilakukan, saya rasa negara kita lebih stabil," katanya dalam satu kenyataan.

Senario ini, bagaimanapun, mempunyai halangan utama.

Umno telah menyuarakan bantahan untuk membentuk kerajaan dengan DAP, dan PAS juga dilihat mempunyai pendirian sedemikian. Begitu juga, Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing juga mengatakan bahawa GPS tidak mahu bekerjasama dengan DAP.

Sementara itu, Amanah, PKR dan DAP tidak mahu bekerjasama dengan Umno, PAS, Bersatu dan kumpulan Azmin Ali dari PKR.

 2013 dulu Presiden PAS pernah membawa idea Kerajaan Tanpa Pembangkang




MR :  Hebat juga pak lebai...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan