Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir dilantik sebagai PM Interim


Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali mengesahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim.

Katanya, pelantikan itu sementara menunggu seorang perdana menteri yang baru mengangkat sumpah jawatan selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.



“Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Malaysia.

“Walau bagaimanapun, baginda telah berkenan untuk melantik beliau sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baru.

“Justeru dalam tempoh ini, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baru dilantik dan kabinet dibentuk,” kata Mohd Zuki menerusi satu kenyataan, lewat petang ini.



Awal hari ini, ahli Parlimen Langkawi itu mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri dan juga pengerusi Bersatu yang terdahulu menarik diri dari gabungan Pakatan Harapan (PH).

Peletakan jawatan Dr Mahathir mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini beliau berkali-kali mangatakan bahawa beliau akan kekal sebagai perdana menteri sehingga selesai Malaysia menjadi tuan rumah kepada mesyuarat APEC November ini.

Isu perubahan politik kembali menarik perhatian ramai, sejak mesyuarat Majlis Presiden PH Jumaat lalu dilaporkan hangat membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan janji-janji berhubung peralihan kuasa perdana menteri.

Semalam ada parti-parti politik yang berpecah akibat perbezaan pandangan, yang membawa kepada perjumpaan berasingan, susulan muncul spekulasi mengenai kemungkinan pembentukan kerajaan baharu dengan kewujudan gabungan parti politik berbeza daripada yang sedia ada.



MR :  Nampak macam ada 'game'... siapa kena?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan