Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir Pegang Prinsip ‘Janji Tetap Janji’ kata Wan Azizah


KUALA LUMPUR – Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat disifatkan berpegang kepada prinsip ‘janji tetap janji’.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, menjadi satu kemestian bahawa jawatan Perdana Menteri perlu mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Memang ‘promise is a promise’,” katanya ringkas mengulas mengenai kenyataan Dr. Mahathir mengenai peralihan kuasa itu ketika ditemu bual portal The Malaya Post semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Quill City Mall di sini hari ini.

Dalam wawancara bersama The Malaya Post, Dr. Mahathir menegaskan, beliau akan menunaikan janji menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar tetapi keputusan muktamad terletak pada Dewan Rakyat.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, jika seorang calon itu daripada parti yang memiliki majoriti tetapi dia sendiri tidak mendapat sokongan majoriti, maka dia tidak akan dapat menjadi Perdana Menteri.

“Kita berjanji, kita berpegang kepada janji. Saya cuma jadi Perdana Menteri kerana dapat sokongan daripada parti (gabungan PH) saya, terutama daripada majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Kalau saya tidak hendak letak jawatan tetapi majoriti dalam Dewan Rakyat tolak saya, saya jatuh. Yang berkuasa sebenarnya Dewan Rakyat dan ahli-ahlinya,” katanya.

Ketika ini, PKR adalah parti terbesar di Dewan Rakyat dengan 47 Ahli Parlimen diikuti DAP (42), Bersatu (26), Parti Amanah Negara (11) dan sekutu PH, Warisan (sembilan). – Sinar Harian

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan