Menuju Malaysia Sejahtera, tanpa DAP
MALAYSIA segar dan ceria tanpa DAP. Selepas kejatuhan ini sukar lagi untuk DAP bangun. Ini adalah kerana kemenangan sebentar yang diberikan Allah kepada DAP itu ialah untuk memperkenalkan wajah DAP yang sebenar kepada rakyat Malaysia. Kini rakyat Malaysia sudah kenal DAP. Lalu Allah kalahkan DAP kembali. Apakah rakyat Malaysia masih mahukan DAP?
Allah berikan PKR kemenangan bersama PH. Untuk Ahli PAS kenal PKR dan Anwar. Betapa angkuhnya Anwar membelasah PAS dan TGHH, orang yang pernah satu ketika memapah beliau dari lembah penghinaan. Itulah aturan takdir Allah.
Allah kalahkan Umno dan BN dalam PRU14 agar Umno dapat mengenal PAS secara lebih dekat dan PAS dapat mengenal Umno. Lalu Allah tautkan hati-hati PAS dan Umno atas kepentingan agama, bangsa dan negara. Indah sungguh percaturan Allah.
Allah pecahkan PKR terbelah dua dan BERSATU keluar sepenuhnya dari PH agar PH lumpuh dan tumbang. Allah tumbangkan PH untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini dari ideologi tanpa tuhan yang sedang cuba disebar luaskan oleh DAP.
Allah berikan PAN kemenangan besar bersama DAP dan PH. Sehingga mereka merasakan tindakan mereka keluar dari PAS adalah satu tindakan yang benar. Kalau mereka salah masakan Allah berikan mereka kemenangan secepat itu. Sehingga mereka merasakan tindakan keluar dari PAS itu satu tindakan yang tepat dan melanggar baiah itu tiada salahnya pada agama. Lalu semakin bersemangatlah mereka membelasah PAS. Namun Allah Maha Bijaksana. Kini dengan tersungkurnya DAP tiada lagi pohon untuk dedalu PAN menumpang. Belum puas pimpinan PAN menyedut manisnya sari pati dan madu jawatan Menteri dan Timbalan Menteri, lalu Allah sentap mereka dari kelopak segar menjadi layu serta merta. Allah Maha Kuasa. Ianya pengajaran buat siapa yang gelojoh dan tidak ikhlas dalam perjuangan.
PAS…? Beginilah PAS. Dalam apa situasi pun PAS akan terus hidup. Kerana Rasul mengajar PAS, jangan sombong ketika menang dan jangan berputus asa ketika kalah. Selagi Allah ada dalam hati para pejuang PAS, selagi itu mereka akan terus hidup. Hatta jika dipancung sekalipun mereka tetap hidup. Kerana syuhada’ itu tidak pernah mati.
Teman… Ternyata perjanjian Hudaibiyyah PAS dan Umno telah membawa kita kepada hampirnya Fathul Makkah. Ingat teman-teman… Jangan sekali-kali sombong dengan kemenangan. Saat memasuki Kota Makkah bersama golongan Muslimin yang ramai, Rasulullah S.A.W menundukkan kepalanya penuh tawaduk sehingga janggut Baginda yang mulia mencecah bulu-bulu di atas tengkuk kudanya. Baginda berzikir, memuja dan memuji Allah. Ingatlah semuanya dari Allah.
USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat
– HARAKAHDAILY 25/2/2020
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Semolek molek nya bubar parlimen...
BalasPadam