Mungkin ada wakil rakyat tandatangan SD sokong kedua-dua pihak - Shamsul Amri
KUALA LUMPUR: Kemungkinan terdapat beberapa Ahli Parlimen yang cuba bertindak 'selamat' dengan menandatangani dua akuan bersumpah (SD) menyokong kedua-dua Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Demikian menurut penganalisis politik Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin yang berkata, para wakil rakyat berkenaan bertindak demikian dipercayai kerana tidak mahu rugi jika salah seorang pemimpin tersebut berjaya dalam percaturan politik baharu kelak.
"Saya merasakan, ada juga Ahli Parlimen yang menandatangani SD untuk kedua-dua pihak, kerana ramai juga ahli politik ini tidak mahu rugi, jadi mereka bertaruh untuk kedua-duanya.
"Ini isunya. Dan mungkin 11 itu yang akan menentukan masa depan Malaysia apabila mereka dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong, misalnya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Shamsul Amri berpandangan, tindakan ahli-ahli Parlimen berkenaan boleh dianggap menjejaskan situasi politik negara yang sepatutnya boleh berjalan lancar.
"Saya tak rasa Agong akan panggil semua 222 Ahli Parlimen, tetapi apa yang saya anggap akan berlaku ialah, apakah yang menyebabkan terhentinya proses ini?
"Jadi, saya rasa, terpulang kepada ahli politik sendiri untuk menentukannya, sebab ada yang masih ragu dan ada yang tidak mahu hilang kedudukan, jadi, dia sokong kedua-dua pihak," tambahnya.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan