Header Ads

ads header

Flash News

Najib suruh menteri PH mohon Sistem Insurans Pekerjaan


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir menteri-menteri Pakatan Harapan yang kehilangan jawatan semalam.

Dalam hantaran terbaharunya, Najib memaklumkan mengenai kewujudan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang pernah diumumkan dalam Bajet 2018 di bawah pemerintahannya.

SIP di bawah kendalian PERKESO itu menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja-pekerja yang hilang mata pencarian di samping turut menyediakan program Penempatan Pekerjaan Semula yang meliputi program kaunseling kerjaya, carian pekerjaan, pemadanan kerja, penempatan pekerjaan dan juga latihan.

“Statistik hilang kerja meningkat sehari dua ini.

“Pernah dengar Skim Insurans Pekerjaan?

“Dulu saya yang buat. Masa Bajet 2018.

“Boleh dapat elaun sehingga RM10,800 sementara cari kerja baru.

“PH pun boleh apply. Saya harap dapat membantu lah.

“Boleh mohon di sini: https://eis.perkeso.gov.my/eisport…/insured/appl/instruction

“Sama-sama.

“Gambar sekadar hiasan,#sekadarperingatan,” katanya yang turut memuat naik gambar bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad di hantaran tersebut.

Semalam, selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, baginda turut berkenan membatalkan semua pelantikan Kabinet atas nasihat Perdana Menteri termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri serta Setiausaha Politik. – MalaysiaGazette


MR :  Kasar 'ngajing' Najib kali ni


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan