Normalisasi Hubungan Saudi-Israel
Maka bukti mana lagi yang kamu hendak dustakan? Ketika Saudi secara terang-terangan mengubah 300 perkataan terjemahan Al-Quran dalam bahasa Ibrani dengan tujuan membenarkan sejarah versi Yahudi dan menyokong tuntutan Israel ke atas Palestin dengan nas agama, apa lagi hujah yang tinggal untuk mendustakan hubungan Saudi-Israel! Di mana para ustaz tajaan Saudi yang mengklaim diri mereka pembela al-Quran dan sunnah? di mana para ustaz yang sibuk mengomentar isu-isu artis dan hal-hal remeh di Youtube? kenapa diam atas pengubahan terjemahan yang dilakukan Saudi! Mungkin mereka sedang sibuk dengan isu Lepat dan Makrifat barangkali, mengelak diri dari membela rahbar (ketua) mereka sendiri.
Hubungan intim Saudi-Israel bukanlah sesuatu
yang baru, cuma sahaja mutakhir ini aksi berahi mereka berdua berani
dipertontonkan ke khalayak ramai kerana dasar normalisasi hubungan Saudi-Israel
yang diusahakan oleh Putera Mahkota Raja Muhammad bin Salman (MBS) sejak 2017. Kerana apa dasar ini diperkenalkan?
Sebabnya hanya satu iaitu untuk mengekang pengaruh Iran dan menjadi key player di timur tengah serta dunia
Islam. Hal ini jelas dapat kita teka melalui ucapan MBS sendiri pada May 2017,
ketika pertemuaannya bersama Presiden Donal Trump di Riyard seperti dilaporkan
oleh Quds News Network: “Saudi Crown Prince Mohammad bin Salman has
vowed to recognise and normalise trade with Israel if the United States helps
him “defeat Iran and take control of the Middle East.” (http://qudsnen.co/2019/09/30/ mbs-to-trump-help-us-control- the-me-so-that-we-recognize- israel/)
Ya, sekarang kita faham
kenapa Saudi sanggup melakukan pelbagai tindakan yang menguntungkan Amerika
Syarikat dan Israel, termasuk beriya-iya menyokong pelan damai Deal of The
Century dan mengatakan kepada rakyat Palestin “it’s
about time the Palestinian take the proposal and agree to come to the negotiation
table or shut up and stop complaining” (https://www.aljazeera.com/ news/2018/04/mbs-palestinians- accept-trump-proposals-shut- 180430065228281.html)
Ini lah yang membuat Trump
begitu sayang akan Saudi terutamanya MBS. Selain dari memberikan keuntungan
ekonomi kepada AS dengan pembeliaan senjata sejumlah 100 Bilion serta
pelaburan-pelaburan besar ke atas ekonomi AS, Saudi juga sangat menguntungkan
secara politik, membuat kerja Trump lebih mudah dalam membela Israel dan
menguatkan pengaruh politiknya di Amerika, di hadapan pelobi-pelobi Zionist.
Sebagai imbal balik, AS
menggunakan kuasa medianya untuk menutup dan menyokong segala jenayah Saudi.
Masih ingat kes pembunuhan Kamal Kashoogi? Apa yang dikatakan CIA atas hasil
siasatan terhadap dalang di sebalik pembunuhan brutal itu? CIA mengatakan
bahawa MBS di balik pembunuhan Jamal Kashoogi. (https://www.washingtonpost. com/world/national-security/ cia-concludes-saudi-crown- prince-ordered-jamal- khashoggis-assassination/2018/ 11/16/98c89fe6-e9b2-11e8-a939- 9469f1166f9d_story.html) Dan apa pula yang dikatakan
Trump setelah laporan CIA dikeluarkan? “We
may never know all of the facts surrounding the murder of Mr. Jamal Khashoggi,”
Mr. Trump added. “In any case, our relationship is with the Kingdom of Saudi
Arabia.” (https://www.nytimes.com/ 2018/11/20/world/middleeast/ trump-saudi-khashoggi.html)
Sama isunya dalam jenayah
Saudi di Yaman yang sudah berlanjutan masuk tahun ke-5. Kenapa perang di Yaman
tidak mendapat liputan meluas media antarabangsa dan tempatan seperti liputan
perang di Syria? Kenapa Saudi tidak dihukum oleh Amerika Syarikat atau badan
dunia atas pembunuhan rakyat awam Yaman sepertimana Amerika lakukan ke atas
Bashar? Kenapa sehingga hari ini Amerika terus membekalkan senjata dan bantuan
informasi kepada Saudi bagi membunuh rakyat Yaman? Ini bukan masalah isu
Sunni-Syiah, jangan mudah diperbodohkan! Anda tahu jawapannya.
Ini adalah pengkhianatan
besar terhadap Islam dan kaum muslimin, pengkhianatan besar terhadap kaum mustad’afin
(tertindas) di seluruh dunia terutamanya di Palestin. Keluarga diraja Saud
tidak layak menjadi rahbar dunia Islam, apatah lagi menjadi penjaga Kaabah.
Kewujudan pemerintahan beraja Saudi hanya akan merugikan umat Islam,
memecahbelahkan kesatuan Islam melalui Ideologi Wahabisme-nya serta sangat
menguntungkan kaum mustakbirin (angkuh) dunia. Jangan kerana Raja
Saudi digelar “Khadim Haramain” kita semua mensucikanya, maka bukti mana
lagi yang kamu hendak dustakan?
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan