Header Ads

ads header

Flash News

PAS-UMNO Follow Tun kemudian Checkmate... Akhirnya Tun kena 'game'


Ramai orang pening dengan pergolakkan politik hari ini. Jadi aku tolong cerahkan supaya semua boleh faham.

1. Apabila BN jatuh, PH memerintah BN pecah belah tinggal UMNO, MCA dan MIC. UMNO mula sedar bahawa perlu bersatu dengan PAS bagi menyatupadukan orang Melayu Islam. UMNO telah menukar perlembangaannya dengan menambah Islam. Maka terhasillah Muafakat Ummah (MU) kemudian kepada Muafakat Nasional (MN) dengan penyertaan MCA dan MIC secara tidak langsung.

2. Kedudukan MN makin hari makin kuat dengan menangi siri-siri Pilihanraya kecil. Malah dikatakan jika berlaku PRU-15, MN boleh memperolehi 22 kerusi yang pernah kalah akibat pertandingan 3 penjuru antara PH, UMNO dan PAS.

3. Kedudukan MN makin kuat apabila boleh diterima oleh rakan Sabah dan Sarawak yang pernah keluar daripada BN sebelum ini.

4. MN memperkuatkan hubungan dan mengharapkan akan ada pilihanraya PRU-15 lebih cepat, Mengamati Tun Mahathir menjadi PM pada kebiasaan PRU diadakah tidak pernah sampai 5 tahun.

5. Wujud pergolakan dalam PH atas desakan Anwar Ibrahim yang gelojoh nak jadi PM ke-8. Anwar cuba cantas Azmin melalui Rafizi tetapi tidak berjaya. Kemudian mengunakan Ezam untuk menjatuhkan Tun dan Azmin.

6. MN melihat situasi ini dan kumpulan Azmin telah mempertemukan UMNO, PAS dengan Tun Mahathir bagi mencari jalan keluar,

7. MN mengaharapkan PRU-15 bagi mengambil alih semula kerajaan dan membina semula negara atas Melayu Islam dan Bumiputra. Tapi perluang yang ada ini jika diambil juga boleh mengutungkan walaupun bersama dengan Tun yang kekal sebagai PM.

8. Akhirnya proses pengambil alihan dibuat MN bersama dengan Sabah dan Sarawak memberikan sokongan kepada BERSATU (Tun) dan Azmin (sebahagian PKR). Tujuan sokongan ini adalah MENJATUHKAN KERAJAAN PH dengan mengambil kira menjatuh mudarat besar kepada mudarat kecil, walaupun tidak memerintah secara mutlak jika berlaku PRU-15. Yang penting kerajaan PH dijatuhkan. DAP disingkir daripada kerajaan. ITU ADALAH MATLAMAT UTAMA MN.

9. Pada rundingan akhir, Tun macam tak setuju dengan UMNO antaranya Tun Dr Mahathir dengan jelas menyebut bahawa beliau tidak boleh bekerja dengan Umno setelah mereka bekerja keras untuk menolak parti itu dalam pilihan raya umum 2018. Alasan lain ialah Mereka (pemimpin Umno) minta berlebihan, jadi perbincangan dihentikan buat sementara waktu.

Memang sukar bagi UMNO dan BERSATU bersama kerana ramai MP UMNO lari kepada BERSATU. Jika bergabung mereka ini nak letak dimana? Memang ada perbuatan kawasan dan sokongan ahli.

Contoh paling mudah PAS dan AMANAH pun sama. Takkan PAS nak terima AMANAH. Mereka telah khianat PAS dan bagaimana pula pemerimaan ahli bawahan?

Akhirnya BERSATU pecah dua satu team Tun, satu team TSMY. Armada sokong Tun.

10. Kita jangan lupa dalam BERSATU ada team satu lagi iaitu GENG IRC (IKRAM) iaitu Wan Saiful misalnya, Dr Maszlee (Ahli Majlis Syura IKRAM) dan mereka ini memainkan perananan membawa idea KERAJAAN PERPADUAN. Kita tinggal dulu perkara ini.

11. Tun Mahathirkan licik, dia tukar pelan. Dia arah TSMY keluarkan BERSATU daripada PH. Tujuannya nak bagi PH tergugat dan nak minta Anwar (PKR), DAP dan AMANAH datang merayu. Cuba fikir takkan berani si TSMY bawa BERSATU keluar PH kalau orang tua itu tak arahkan. Dia minta Azmin keluar dariapada PKR dengan orang-orangnya.

12. Antara janjinya kepada Azmin (PKR) + BERSATU + UMNO + PAS + SABAH + SARAWAK akan membentuk kerajaan baharu. Bila perkara ini berlaku dia pusing kerana UMNO tak mengalah dalam tuntutan sehingga mesyuarat BERSATU menjadi tegang 2 kumpulan.

13. Tiba-tiba Tun letak jawatan PM dan BERSATU. Dia menjadi PM Interim yang mana ada kuasa penuh nak tubuh kerajaan atas pilihannya. INI PELAN B Tun dengan geng elit kroninya + IRC (Baca IKRAM)

14. Bagi MN matlamat nak JATUHKAN PH dah berjaya. PH dengan rasmi telah tumbang tak sampai ½ penggal. Malah bukan itu sahaja PAS berjaya mengagalkan ANWAR menjadi PM. Sekarang tinggal musuh asal MN ialah MAHATHIR MOHAMAD yang dikatakan politik paling licik.

15. Bagi saya, bila Tun Mahathir letak jawatan. Ini bermakna bukan sahaja MN jatuhkan PH, malah jatuhkan Tun Mahathir sekali. Soal dia nak bangkit jadi PM ke-8 itu isu kedua. MN boleh terima Tun jadi PM8 dengan syarat tanpa DAP. Tun tak terima kerana Tun tahu dalam gabungan itu dia dan BERSATU sangat lemah. Dia perlukan DAP yang ada 42 kerusi yang kini paling besar untuk sokongan kuat. Itu pasal dia membawa gagasan KERAJAAN PERPADUAN.

MN tolak kerajaan UG walaupun PAS tahun 2013 melaui Presidennya pernah kemukakan idea ini tapi dikhianati oleh AJK PAS Pusat yang terdiri daripada pimpinan AMANAH sekarang kononya itu nak bergabung dengan UMNO.

Kenapa tolak, kalau Tun pimpin PH 4 parti pun huru hara, apatah lagi kalau lebih 10 parti. Kita kena terima hakikat Tun Mahathir f=gagal takbir negara dibawah PH. Malah rakyat lebih selesa dengan Najib dan dasar-dasar yang dibawa oleh NAJIB. Rakyat sedar hanya puak PH tak boleh terima hakikat mereka gagal nak menandingi bagaimana Najib pimpin rakyat Malaysia yang lebih baik.

16. MN membuat keputusan tarik sokongan kepada Mahathir dan memilih BUBAR PARLIMEN. Dengan ini MN telah membuatkan Mahathir hilang sokongan tak cukup majoriti dan dia juga telah letak jawatan PM.

17. Ada rundingan Mahathir dengan Anwar (PH) semula untuk cari majoriti. Itu yang Amanah mulut celupar si Khalid Samad kata kita ada majoriti tipis. Ini yang Adly MB Melaka tak jadi nak bunar Melaka. Itu yang menyebabkan Johor melalaui Suhaizan kata Johor masih stabil.

18. Apa pun yang berlaku MN sebelum ini sudah bersedia dengan Pilihan raya kecil dan menunggu PRU-15 bagi menperkukuhkan kedudukan telah berjaya MENUMBANG PH sebelum waktunya, BERJAYA Mengagalkan Anwar, BERJAYA menamatkan Tun Mahathir dan memecahkan BERSATU. Apa pun Tun  terkena 'game'nya sendiri.

Apa pun yang di tulis oleh cybertropper, penulis di akhbar atau media sosial tidak mengubah PH SUDAH MAMPUS!! ANWAR GAGAL!!

Ku Mansor
Perak


MR :  Hisup politik Islam kepimpinan Ulama...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. bagus ler tsmy sebagai pm8 x der lagi ph asyik2 berpolitik ....dln masa susah nih rakyat nak pemerintah yg buat kerja....bukan politiking...menyusahkan rakyat...berebut2 kuasa

    BalasPadam