Header Ads

ads header

Flash News

Pentadbiran PH banyak nakhoda, PM tak lagi dapat kawal kerajaan


Tiada istilah ‘kerajaan pintu belakang’ kerana menjadi tanggungjawab Ahli Parlimen berwibawa menawarkan solusi baharu kepada rakyat, untuk memperbaiki kepincangan pentadbiran negara – yang ditadbir Pakatan Harapan (PH).

Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, rakyat nyata menyesal memilih PH sebagai kerajaan dan mahukan perubahan segera, memandangkan kegagalan parti itu melaksanakan tanggungjawab sepanjang dua tahun memegang tampuk pemerintahan.

Beliau berkata, sejak awal pembentukan kerajaan PH, ISMA sebagai gerakan Islam melihat Kabinet yang dibentuk itu tidak menepati kehendak syarak, bahkan patut ditukar segera.

“Kini dua tahun berlalu, ternyata kerajaan ini gagal melaksanakan tanggungjawab pentadbiran berasaskan Perlembagaan dan undang-undang yang ada.

“Pentadbiran yang banyak nakhoda di mana Perdana Menteri tidak lagi dapat mengawal kerajaannya, malah parti-parti yang menang dan menjawat jawatan Kabinet menjadi rasis serta mengambil kesempatan untuk kepentingan kaum masing-masing sahaja,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Polemik mengenai ‘kerajaan pintu belakang’ kecoh diperbahaskan kebelakangan ini susulan wujud desas-desus kerajaan baharu, dikaitkan dengan dakwaan mengatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan kemungkinan bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali gus membentuk kerajaan campuran baru bersama-sama PAS.

Perkara itu didedahkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam sebelum ini, kononnya kerjasama politik baru akan dilancarkan masa terdekat sama ada pada 10, 11, atau 12 Februari ini dengan nama Pakatan Nasional.

Lokman mendedahkan rakaman suara presidennya – yang muncul tiba-tiba – dalam mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Enggan mengulas mengenai pendedahan Lokman itu, Ustaz Abdullah berkata, menjadi tanggungjawab nasional bagi mana-mana Ahli Parlimen yang berwibawa untuk menawarkan solusi baharu kepada rakyat.

Beliau menegaskan, apa yang lebih utama adalah maslahat syarak dan kepentingan nasional, bukan kepentingan sempit golongan tertentu yang ketagih jawatan dan harta.

“Tiada siapa di kalangan pemimpin kerajaan PH peduli ke mana hala tuju negara, semua mereka gagal dalam pentadbiran masing-masing. Undang-undang dan Perlembagaan juga terabai, sekali gus membawa negara kepada krisis perkauman yang semakin teruk.

“Kehidupan rakyat pula tidak berubah, bahkan lebih teruk berbanding sebelum PRU14. Yang jelas bahawa kerajaan PH gagal berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang berwibawa, bahkan menteri-menterinya kelihatan bodoh dan diperleceh oleh rakyat.

“Ternyata rakyat menyesal memilih kerajaan PH dan inginkan perubahan segera. Mereka tidak mahu suasana ‘havoc’ ini berterusan hingga ke PRU15, kerana terlalu lama dan kerosakan akan menjadi lebih teruk,” katanya - ISMA WEB



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Dlm kerajaan PH..DAP yg dominan..Mlayu...chaaahh.

    BalasPadam
  2. AMANAH adalah rebranding baru utk Melayu DAP or easier to say just a BARUA PARTY ������

    BalasPadam