Header Ads

ads header

Flash News

PH isytihar sokong Anwar sebagai PM dan membeli Mukhriz


Wujud tanda-tanda bahawa semua anggota parlimen PH mengisytiharkan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, dalam pertemuan mereka dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada PH menukar keputusan awal untuk menyokong Mahathir, atau persetujuan telah dicapai dengan perdana menteri interim itu.

Seorang pemimpin kanan PKR yang enggan namanya didedahkan berkata parti itu menyokong penuh Anwar.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad pula membayangkan partinya juga membuat pengisytiharan serupa dengan Agong.
"Tun (Mahathir) letak jawatan, dijadikan perdana menteri interim. Beri peluang kepada Anwar untuk buktikan beliau ada sokongan untuk menjadi perdana menteri kelapan.

"Ini jawatan yang tak boleh diwariskan atau diserah begitu saja, mesti dapat sokongan majoriti anggota parlimen. Harap Bersatu tunaikan janji - Tun perdana menteri ketujuh, Anwar kelapan." katanya di Twitter.

Semalam Khalid berkata PH telah mencapai konsensus, maka DAP juga mungkin membuat keputusan yang sama.


Sementara itu, sumber DAP memberitahu bahawa parti itu "menyokong penubuhan sebuah kerajaan PH".

Jumlah kerusi Parlimen yang dipegang PKR, DAP dan Amanah adalah 92, kurang 20 kerusi untuk mendapat majoriti mudah.

Bagaimanapun sumber memberitahu bahawa sasaran 120 kerusi itu tidak terlalu sukar untuk dicapai Anwar.

Bekas sekutu mereka Bersatu, yang mempunyai 25 anggota Parlimen (tidak termasuk Mahathir) dan 11 bekas anggota parlimen PKR yang menyokong Azmin, telah berkata mereka akan menyokong Mahathir.

GPS dengan 18 anggota parlimen turut menyokong Mahathir. Pendirian Warisan masih belum jelas tetapi presidennya Shafie Apdal sebelum ini menyebut partinya menyokong Mahathir dalam krisis politik yang berlaku.

Sumber Bersatu membayangkan ada usaha untuk mencapai persetujuan yang Mahathir akan kekal sebagai perdana menteri sehingga November, dengan Anwar menjadi timbalannya.

Ini mereka yang ikam TSMY dan AJK Bersatu

 Apabila Anwar menggantikannya, anak Mahathir iaitu Mukhriz akan mengambil kedudukan nombor dua.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada persetujuan itu telah dicapai.

Seorang sumber PH membayangkan gabungan itu terbuka untuk Mahathir menjadi perdana menteri sehingga November tetapi tiada maklumat berkenaan sama ada bekas pengerusi Bersatu itu telah mencapai sebarang persetujuan dengan Anwar, sejak percubaan menjatuhkan kerajaan PH pada Ahad lalu.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Bosan dgn permainan politik di Malaysia...entah bila ada nokhtahnya..
    Harap2 Malaysia terus aman dan makmur

    BalasPadam