Header Ads

ads header

Flash News

Saudi ubah maksud terjemahan Al-Quran ke bahasa Yahudi demi puaskan Israel


PETALING JAYA: Lebih 300 kesalahan dikesan dalam terjemahan al-Quran ke bahasa Ibrani atau Yahudi yang diluluskan Arab Saudi dengan kebanyakannya dilihat menyokong tuntutan Israel ke atas Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

Agensi berita Palestin, Shehab yang menemui terjemahan itu mendapati antara kesalahan berkenaan termasuk mengeluarkan nama Nabi Muhammad yang disebut sekurang-kurangnya 4 kali dalam al-Quran dan Masjid Al-Aqsa dinamakan “kuil”, nama Yahudi bagi tapak suci Islam itu.

Tindakan Riyadh menaja dan meluluskan terjemahan itu dilihat sebagai sokongan terhadap sejarah versi Yahudi dan tuntutan Israel ke atas Palestin.

Berhubung lebih 300 kesalahan itu, Kompleks Percetakan al-Quran Raja Fahd yang menerbitkan terjemahan bahasa Yahudi itu dalam kenyataan ringkasnya berkata, ia sedang menunggu proses sewajarnya daripada pihak pengurusan selepas pengesahan dan kajian.

Terjemahan itu menyebabkan umat Islam bertambah marah selepas Saudi menjalin hubungan rapat dengan Israel yang diketuai Putera Mahkotanya, Mohammed bin Salman.

Riyadh turut dilapor menawarkan bantuan kewangan untuk pelan damai Timur Tengah yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bagi menyokong tuntutan Israel tanpa mengambil kira rayuan penduduk Palestin.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: