Saya bongkar lagi cara Guan Eng main propaganda dan wayang
Tahun lalu, dia failkan saman fitnah terhadap RPK di Malaysia kerana dakwa RPK telah memfitnah dia tentang skandal terowong Pulau Pinang.
Oleh kerana RPK sudah lama berpindah ke United Kingdom, dia tak jawab pun saman Guan Eng di Malaysia.
RPK tak kisah pun dia disaman oleh Guan Eng kerana dia langsung tidak terkesan apa jua keputusan Mahkamah di sini.
Guan Eng tahu ini, sebab itu dia saman di Malaysia sahaja dan tak saman di United Kingdom seperti apa yang PAS lakukan terhadap Clare Brown.
Sebab RPK tak cabar kes di Malaysia ini, mahkamah perintah Guan Eng menang kes saman fitnah dia dengan cara penghakiman terus (summary judgment) tanpa perbicaraan.
Nanti, Guan Eng dan penyokong DAP akan keluarkan propaganda bahawa kemenangan Guan Eng dalam saman terhadap RPK ini adalah bukti bahawa dia tidak rasuah dalam skandal terowong.
Guan Eng sepatutnya saman saya dan Wee Ka Siong juga dan bukan hanya saman RPK kerana kita juga dedah bukti-bukti dan tuduhan yang sama tentang skandal terowong ini.
Nah! Saya bagi link tulisan skandal terowong saya sekali lagi supaya Guan Eng boleh saman saya.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156580929675952
Link itu sudah capai 5,300 kongsian dan telah dibaca oleh lebih 1 juta orang tapi Guan Eng tak saman pulak.
Kenapa Guan Eng tak saman saya atau Wee Ka Siong tapi pilih untuk saman RPK sedangkan kedua-dua kita berada di Malaysia?
Jawablah.
NAJIB RAZAK
MR : Aku rasa ramai dah kena sumpah laknat Najib... Bila Najib bersumpah dia gelak-gelak. Dia tahu tak sumpah laknat?? Dengan Allah bukan main-main. Masih belum dengar lagi Cybertropper yang terkena... masih menunggu! Bila Allah nak tak kira apa nama kamu guna..
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan