Header Ads

ads header

Flash News

Sekumpulan MP tandatangan SD sokong Dr M crita baharu Sarawak Report


Anwar Ibrahim sekadar memberi respons ringkas berhubung dakwaan Sarawak Report bahawa terdapat ahli parlimen yang menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Dr Mahathir Mohamad terus berkhidmat sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang.
"Saya tidak dimaklumkan secara rasmi," kata presiden PKR itu kepada pemberita di Shah Alam, Selangor ketika ditanya mengenainya petang ini.
Sarawak Report memetik sumber yang mendakwa bahawa ahli parlimen dari Umno, PAS, Bersatu selain ahli parlimen PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali "telah digesa untuk datang ke Kuala Lumpur" bagi menandatangani SD itu dalam tempoh 48 jam terakhir.
Bagaimanapun, ketika dihubungi, Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin, yang juga dikenali sebagai orang kuat Azmin, menafikan anggota parlimen dari kem Azmin menandatangani SD itu seperti yang dilaporkan.

"Tidak benar. Setakat yang saya tahu, tidak ada," kata Zuraida, yang kini bercuti sebagai naib presiden parti.
Malaysiakini telah menghubungi beberapa ahli parlimen Umno dan Bersatu, untuk mendapatkan komen.
Jika benar, SD itu dilihat sebagai melanggar perjanjian yang dipersetujui bersama parti Pakatan Harapan untuk meletakkan Anwar sebagai pengganti Mahathir sebelum pilihan raya umum akan datang.
Perkembangan itu juga hadir selepas PAS mengumumkan rancangannya untuk membawa usul undi percaya terhadap Mahathir dalam sesi Parlimen akan datang pada Mac, selain ketika spekulasi mengenai penubuhan gabungan politik baru sedang hangat diperkatakan.
Sarawak Report juga memetik "khabar angin" sekiranya terdapat bilangan ahli parlimen yang mencukupi menandatangani SD, dalang di sebalik rancangan tersebut akan mendapatkan sokongan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Laman web pendedah maklumat yang memainkan peranan penting dalam mendedahkan skandal 1MDB itu juga memberitahu mengenai halangan-halangan berhubung usul undi percaya terhadap Mahathir.
"... Sebarang usul undi percaya seperti itu tidak dapat mendapat senarai atas di dalam kertas aturan mesyuarat melainkan ia menerima notis sokongan dari kerajaan sebagai urusan rasmi.
"Untuk berbuat demikian, ia akan memaksa Mahathir secara terbuka untuk mengakui bahawa beliau menyokong tindakan dari parti-parti pembangkang itu dan mereka yang tidak berpuas hati dalam di PH, sementara pada masa yang sama berisiko menerima kekalahan berdasarkan (jumlah) ahli parlimen yang jelas - setiap pihak mendakwa telah berjaya memperoleh majoriti penyokong.
"Oleh itu jelas bahawa alasan utama untuk mengumpul SD ini adalah bahawa mereka berharap untuk dapat mencapai jumlah sepatutnya dan lakukan yang terbaik untuk meraih perhatian perdana menteri untuk membenarkannya di Parlimen," kata laporan itu.
Bagaimanapun, Sarawak Report berkata masih sukar untuk dipastikan manfaat diperoleh Mahathir dari tindakan itu.
Namun, menurut laman web itu, Mahathir akan bimbang untuk mengkhianati pengundi yang telah meletakkannya di tampuk kuasa.
"Ia akan mewujudkan kemarahan dan permusuhan dalam kalangan anggota parlimen dari gabungannya sendiri dan menyerahkan nasibnya di tangan pihak yang dituduhnya sebagai penjenayah dan penyebab dia kembali ke politik.
""Begitu juga, pemimpin PKR yang menyokongnya, seperti Azmin, akan mendapati diri mereka menjadi ikan yang sangat kecil di kolam politik baru ... berenang di kalangan jerung.
"Pemenangnya pula adalah (bekas perdana menteri) Najib (Abdul Razak), isterinya Rosmah Mansor, bekas presiden Umno, Hisahamuddin (Hussein), (Presiden Umno) Zahid (Hamidi), (Presiden PAS) Hadi Awang, sebab itulah mereka merupakan dalang di sebalik SD ini," kata laporan itu.
Sarawak Report juga berkata perkara langkah mengumpulkan SD ini merupakan yang kedua, dengan SD pertama sudah ditandatangani tapi belum digunakan.
Pada 9 Februari lalu, Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar, tetapi menambah keputusan muktamad terletak pada Dewan Rakyat.
Dua hari sebelum itu, Anwar memberitahu Reuters bahawa dia bersedia menunggu enam bulan lagi untuk menjadi perdana menteri dan menyatakan keyakinannya bahawa dia mendapat sokongan PH.



MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan