Setiausaha politik timbalan ketua menteri Sabah dipecat
KOTA KINABALU: Setiausaha politik Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew dipecat daripada tugasnya tanpa alasan yang jelas.
Raymond Ahuar, yang merupakan ketua Pemuda PKR Sabah, hari ini mengesahkan beliau dipecat sebagai setiausaha politik kepada Liew, yang juga menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri.
Mesej WhatsApp yang mendakwa Ahuar dipecat tersebar di media sosial sejak malam tadi.
Ahuar berkata beliau menerima teks itu semalam ketika dalam perjalanan pulang selepas melawat beberapa kawasan di pedalaman Pensiangan, di mana beliau adalah ketua bahagian PKR di sana.
“Pagi ini, saya dihubungi untuk berjumpa dengan Liew di pejabatnya pada jam 1 petang. Dia beritahu saya bahawa pemecatan itu adalah benar,” katanya ketika dihubungi.
Ditanya alasan pemecatan itu, beliau mengemukakan surat lawatan kerjanya ke Pensiangan, atas kapasitinya sebagai setiausaha politik kepada timbalan ketua menteri, dan berkata: “Inilah sebabnya saya dipecat oleh Kabinet Sabah.”
“Saya juga tertanya-tanya mengapa,” katanya yang enggan mengulas lanjut.
Surat itu, yang ditandatangani Setiausaha PKR Pensiangan Arifin Antikoh, mempunyai kepala surat PKR dan bukannya kerajaan negeri.
Ia bertujuan memaklumkan beberapa jabatan kerajaan dan penduduk kampung di mana Ahuar melawat ke kawasan itu semalam.
FMT cuba mendapatkan maklum balas daripada Liew.
Dalam kenyataannya kepada media hari ini, Ahuar berkata isu pemecatannya dibawa ke mesyuarat Kabinet negeri dan ia dicadangkan oleh “ketua menteri (Shafie Apdal) sendiri”.
Beliau menambah cadangan itu mendapat sokongan majoriti anggota Kabinet dan Liew memberitahunya bahawa setiausaha kerajaan negeri akan mengeluarkan notis pemecatannya tidak lama lagi.
“Saya menerima pemecatan ini dengan hati terbuka kerana saya menerima tanggungjawab secara terbuka sebelum ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sabah kerana mempercayai saya melakukan kerja selama 1 tahun dan 6 bulan yang lalu, dengan menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha politik kepada timbalan ketua menteri.
“Saya akan terus memberikan sokongan penuh kepada kerajaan negeri dan kerajaan,” kata Ahuar, yang juga ketua Pemuda Pakatan Harapan Sabah.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan