Header Ads

ads header

Flash News

Shafie Apdal hantar wakil hadap Agong, Istana Negara tak terima


PETALING JAYA: Istana Negara hari ini tidak mahu terima wakil yang dihantar Ahli Parlimen Semporna, Shafie Apdal untuk menghadap Agong tentang penubuhan kerajaan baru, kata seorang pegawai istana.

Selepas perjumpaan dengan ahli Parlimen yang berlangsung sejak semalam selesai petang tadi, pegawai berkenaan memberitahu pemberita ketua menteri Sabah itu dianggap tidak hadir kerana menghantar setiausaha sulit kanannya untuk pertemuan peribadi itu.

“Perlu ada batang tubuh sendiri untuk hadir, tidak boleh wakilkan kepada mana-mana pihak. Dia ada hantar wakil pada petang ini tapi ia tidak dianggap sah,” katanya.

Pegawai itu juga memaklumkan selain Shafie, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz juga tidak menghadap Agong.

  Difahamkan Nazri ketika ini berada di luar negara.

Hari ini seramai 137 ahli Parlimen hadir ke Istana Negara seperti yang diarahkan untuk ditemubual Sultan Abdullah satu persatu. Semalam, 83 ahli Parlimen datang menghadap.

Keseluruhannya 220 daripada 222 ahli Parlimen tampil untuk temubual yang diadakan sepanjang hari, yang dijalankan mengikut proses selepas peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada Isnin.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Pangkat dia lagi besar dari Agong . Suatu contoh manusia biadap .

    BalasPadam
  2. yang tk hadir sebab ada jauh tu tkpa la jugak... yg ada dekat tapi hantar wakil tu biadab namanya.
    kalau ni zaman dulu2...kena pancung dh la kepala.

    BalasPadam