Spoiler: Endgame And New Hope - A Futuristic Story
Wajah setiap orang sugul. Bilik mesyuarat itu selalunya riuh-rendah sebelum mesyuarat bermula. Mesyuarat kali ini bukan sahaja tidak ramai yang hadir, malahan beberapa pemimpin utama juga tidak kelihatan. Kini semua orang diam membisu menunggu kehadiran pengerusi mereka tiba.
Sebaik sahaja pengerusi mereka muncul, semua menarik nafas lega. Mana tidaknya, sudah seminggu pengerusi mereka menghilangkan diri daripada umum, tanpa bicara, tanpa mahu bertemu media. Mungkin setelah seminggu bermuhasabah diri, sang pengerusi kini menggagahi langkah bertemu rakan-rakan seperjuangan yang menanti. Mesyuarat post-mortem pun bermula.
Dua minggu lepas mereka ceria berkempen dan menjelajah negara dengan manifesto. Namun keputusan PRU15 membuatkan mereka rebah tersungkur. Slogan kerajaan sepenggal pembangkang menjadi kenyataan. Ramai pemimpin Pakatan Harapan tewas teruk. PRU15 bagaikan perang besar melawan Thanos, yang nampak jalan kemenangan - namun dinafikan oleh satu petikan jari oleh kempen pembangkang.
"Salah satu punca kita kalah, adalah kegagalan kita memperkasakan agenda reformasi, dan gagal menunaikan manifesto!" Nurul Izzah membentangkan pendapatnya. Ya, sejak tahun pertama pemerintahan Pakatan Harapan lagi Nurul Izzah sudah menggesa kepada kerajaan PH memperkasakan reformasi dan tunaikan manifesto. Namun para menteri dan pemimpin PH bagaikan lupa diri dengan kuasa yang ada, menjadi angkuh dan cakap selamba ikut suka.
"Sebenarnya kita sudah berada pada landasan yang betul. Cuma kita tak expect pembangkang berjaya kumpulkan semua batu dan mengalahkan kita dengan sekali petik jari sahaja..." kata Rafizi pula.
"Apa maksudnya?" ujar DS Anwar Ibrahim, pengerusi Pakatan Harapan.
"Maksudnya kita tak expect permainan sentimen perkauman pembangkang terlalu kuat," tambah Rafizi.
"I don't think that's the cause. Masalah kita sebenarnya dengan parti Bersatu, sejak you jadi Perdana Menteri, we all can see laaa silent plotest daripada Bersatu. Tapi kita tamau telima hakikat bahawa Bersatu sulah menjadi musuh dalam selimut!" Tony Phua bangun membantah.
Suasana mesyuarat menjadi makin panas. Suara-suara menyokong Tony Phua kebanyakannya datang daripada pihak DAP.
"Saya setuju dengan Tony Phua. Tapi kita sendiri tak betul-betul jaga parti Bersatu sebagai kawan kita. Sepatutnya kita kena pandai ambil hati mereka selepas DS Anwar jadi Perdana Menteri," celah Mohamad Sabu yang tewas dalam PRU15 di kerusi yang sama.
"Guan Eng mana? Tak datang?" tanya DS Anwar Ibrahim.
"Masih berkabung," kedengaran suara Lim Kit Siang yang duduk di sebelah DS Anwar Ibrahim. Walaupun bersuara perlahan, ia tetap didengari melalui pembesar suara yang ada di depannya.
"Itu salah sendiri juga, approve cukai itu ini. Dia takut sangat kes banglo, tapi rakyat tak ambil tahu sangat pasal banglo. Rakyat lebih terkesan dengan cukai," Rafizi mencelah lagi.
"Bukanlah. Ini sebab Najib selalu serang dia, you all tak kasi tolong back up!" Kit Siang meninggikan suara.
"Back up apanya, kita semua masing-masing ada isu nak diselesaikan," Rafizi menjawab.
"Yes everyone ada isu. Tapi you buat apa? You bukan menteri. You patut tolong," Kit Siang memanaskan keadaan.
"Stop, stop..." DS Anwar Ibrahim mengawal keadaan.
"Mungkin salah kita yang sombong dengan rakyat. Betul kata Nurul Izzah. Kita suka buat kenyataan yang bagi rakyat meluat dengan kita," Mohamad Sabu bersuara sekali lagi.
"Kenyataan apa yang rakyat meluat?" tanya Saifuddin Nasution.
"Contohnya angkat bakul bagi markah kepada diri sendiri konon kita dah bagus," Nga Kor Ming memerli Saifuddin.
"Bullshit lah semua. Cuba faham I told you, everything was all right, until DS Anwar jadi PM maaa!" Tony Phua bertempik.
"Yang you nak marah I jadi PM ni kenapa?" tanya DS Anwar Ibrahim.
"Bukan marah you. I marah Bersatu. I marah Mahathir!" Tony Phua merujuk kepada tindakan Tun Mahathir tidak berundur dengan rela hati, tetapi berundur dengan mencetuskan kontroversi antara Bersatu dan komponen PH yang lain terutama DAP.
"Kalau nak salahkan Tun pun tak boleh juga. Pengerusi kita ni lah yang kalut sangat nak jadi PM," Mahfuz Omar bersuara setelah lama mendiamkan diri.
"Kalau datuk seri sabar sikit bagi cukup 2 tahun orang tua tu jadi PM, mungkin tak jadi macam ni," Dr Mujahid menambah.
"Harey last sekali salah saya juga..." DS Anwar tersengih.
"Kita dah tak dapat undur masa untuk memperbaiki kesilapan kita. Sudah tercatat dalam sejarah dalam minda rakyat, kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan paling teruk yang pernah memerintah Malaysia!" Nurul Izzah bertegas. Kemudian dia bangun dan meninggalkan mesyuarat tersebut.
Semua orang terdiam. Mereka semua memandang ke arah DS Anwar Ibrahim. Terkebil-kebil DS Anwar memikirkan kata-kata anaknya tadi. Kelihatan dia mahu meneruskan bicara, namun bagaikan tersekat. Lidahnya bagaikan kelu seketika.
"Saya ada satu idea," Rafizi bersuara memecah kesunyian.
Semua orang mengalih pandangan kepada Rafizi. DS Anwar Ibrahim juga berpaling ke arah Rafizi. Apa idea Rafizi kali ini?
"Seperti Izzah kata tadi, kita tak dapat undur masa untuk memperbaiki kesilapan kita. Tapi kalau kita dapat kembali ke masa lalu, tentu kita boleh perbetulkan kesilapan kita dan memenangi PRU15!" terang Rafizi penuh keyakinan.
Semua orang terlopong. Suasana bilik mesyuarat sunyi sepi. Idea Rafizi nampaknya mengejutkan mereka semua.
"Bolehkah kita balik ke masa lalu?" tanya Mohamad Sabu.
"INVOKE bukan kerja buat survey saja Abg Mat. Kita ada kepakaran untuk 'time travel'," Rafizi memulakan kisahnya.
"Hang ni kelentong rakyat sudah laa, takkan aku pun hang nak kelentong!" Mohamad Sabu menggumpal kertas di hadapannya dan membaling ke arah Rafizi.
Tiba-tiba bunyi riuh rendah di muka pintu bilik mesyuarat. Semua orang memberi tumpuan ke arah pintu, menanti ada kelibat besar yang akan muncul sebentar lagi.
Masing-masing terdiam apabila orang yang muncul di muka pintu bilik mesyuarat itu adalah Tun Dr Mahathir dan beberapa pemimpin kanan Bersatu. Di tangan Tun Mahathir, terdapat satu objek bercahaya.
"Dengan benda ini, kita akan kembali ke masa awal-awal kita menang PRU14 dulu," ujar Tun Mahathir.
"Rafizi?" DS Anwar memandang ke arah Rafizi.
"Yes, inilah yang INVOKE maksudkan, kita semua akan kembali kepada masa lalu untuk baiki keadaan," ujar Rafizi.
"Tak ada guna punya. Ia akan mencetuskan Paradoks dan kita akan mendapat susah," Lim Kit Siang membantah.
"Yes, you all akan berdepan dengan you all sendiri di masa lalu. Maybe you all akan terpaksa fight dengan diri you all juga," tambah Yeo Bee Yin.
"We'll fight even terpaksa lawan diri kita sendiri," Rafizi mempertahankan ideanya.
"Betul. Baiklah Tun, kita akan segera travel ke masa lalu," DS Anwar bangun dan meminta rakan-rakannya yang ingin turut serta juga bagun mendekati Tun Mahathir.
"Satu syarat!" ujar Tun Mahathir.
"Apa syaratnya?" tanya DS Anwar.
"I'll be the PM untuk dua penggal, then baru you take over, Ok?" kata Tun Mahathir.
"Whateva... we can't let THEM rule the country," jawab DS Anwar.
Akhirnya dengan teknologi batu kuasa tersebut, hampir semua orang yang ada dalam bilik mesyuarat itu hilang. Tinggallah Lim Kit Siang, beberapa pemimpin DAP yang tidak ikut serta dan juga seorang lelaki yang sejak tadi mendiamkan diri di penjuru gelap bilik mesyuarat tersebut.
"What do you think, Dr Tanaka?" tanya Lim Kit Siang.
"They'll fight their own selves, but they don't know if Mahathir will team up with Mahathir. One Mahathir kasi sudah masalah besar, they think they can handle two Mahathirs?" jawab Dr Tanaka Mustafa.
"Why didn't you tell them?" tanya Yeo Bee Yin.
"I wish them a good luck," Dr Tanaka Mustafa bangun dan meninggalkan bilik mesyuarat tersebut.
Sekian...
Dr Tanaka Mustafa
p/s: Marah ka? Jangan laa marah. Saya saja merepek sebab baru lepas tengok muvi. Bwahahahaha...(Cherita ini hanyalah cherita rekaan dan sekadar untuk hiburan... sapa marah, dia noob. Bwahahahaha....)
MR : dalam duka kita perlu satira
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan