Header Ads

ads header

Flash News

156 kes baharu, 2 kematian menjadi 37 setakat hari ini


Jumlah kematian akibat Covid-19 terus meningkat, dengan kini sebanyak 37.

Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini memaklumkan bahawa korban ke-36 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun.

Lelaki berkenaan yang merupakan pesakit ke-1941 telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac 2020 sebelum disahkan meninggal dunia padajam 8.10 pagi tadi.

Kes kematian ke-37 pula melibatkan pesakit kes-2471 yang merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 46 tahun.

Wanita berkenaan dirawat di hospital di Miri Sarawak, sebelum meninggal dunia pada 9.02 pagi tadi.

Noor Hisham juga memaklumkan bahawa setakat tengah hari tadi, sebanyak 156 kes baru, yang menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia adalah sebanyak 2,626 kes.








Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan