Header Ads

ads header

Flash News

87 penghuni madrasah disyaki dijangkiti Covid-19


KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu mengesahkan 87 penghuni madrasah di Kubang Bujuk di sini dikuarantin selepas disyaki dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak berkata, kesemua pesakit kini berada di bawah pengawasan (PUI) bermula Sabtu lalu di Hospital Hulu Terengganu (HHT).

Menurutnya, mereka yang terlibat merupakan kontak rapat dengan seorang ahli tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Seri Petaling, Selangor baru-baru ini yang singgah di madrasah berkenaan.

"Setakat ini belum ada kes yang disahkan positif Covid-19 dan kita masih menunggu pengesahan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

"Bagaimanapun, langkah yang sepatutnya telah diambil seperti menjejaki kontak yang mempunyai kaitan juga sedang dibuat.

"Sebagai langkah tambahan, kita juga akan menyediakan keperluan kepada penghuni madrasah itu seperti makanan sepanjang tempoh kuarantin," katanya pada sidang akhbar khas berkaitan Covid-19 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan telah menyediakan empat pusat kuarantin di Terengganu bagi menempatkan mereka yang disyaki dijangkiti Covid-19.

Jelasnya, empat pusat kuarantin itu ialah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu yang menyediakan 58 katil, Hospital Hulu Terengganu (156 katil) dan dua pusat di Kuala Nerus iaitu Scout Inn Resort (77 katil) dan Pusat Latihan Felda sebanyak 44 katil.

Setakat ini katanya, pusat kuarantin di Hospital Hulu Terengganu telah diaktifkan dengan menempatkan 87 orang penghuni dari sebuah madrasah di Kubang Bujuk.

"Jika ada pertambahan kes dan katil yang disediakan tidak mencukupi, kita mencadangkan beberapa lokasi lain untuk dijadikan pusat kuarantin.

"Pada masa yang sama, saya ingin tegaskan keadaan masih terkawal dan rakyat tidak perlu panik. Kita akan memberikan maklumat secara berkala dan arahan sepatutnya dari semasa ke semasa," katanya.

Sinar Harian semalam menyiarkan tentang sebuah madrasah di Kubang Bujuk yang dikuarantin selama 14 hari bagi mengekang penyebaran virus Covid-19.

Madrasah itu dihuni lebih 300 orang, termasuk pelajar, tenaga pengajar dan staf sokongan.


MR :  Disyaki...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Ahli parlimen sarawak yg dijangkiti covid tu tak ke turut sama berhimpun dengan rakan2nya di kualalumpur semasa krisis perletakkan jawatan pm oleh tunmadey aritu??
    Abis mereka yg berkumpul yang dia ada bersama tak dibuat pemereksaan ke??
    Dan yang naik kapalterbang yg duduk berhampiran dgn dia mcm mana??
    Bahkan tak ke dia termasuk antara mp2 yg dipanggil mengadap KDYMM YDA di istana negara kan?

    BalasPadam