Header Ads

ads header

Flash News

Aku tengok semua idea DS Najib Razak....


Aku tengok semua idea DS Najib Razak, kerajaan Malaysia tengah pakai untuk lawan Covid-19. DS Najib suruh kita buat kuarantin, hadkan pengerakan rakyat, terus ada PKP dilancarkan dan impaknya, trajektori awal kita nak jadi macam Italy terus menurun dan kita buat masa ini berjaya elak malapetaka yang sama.

Bila DS Najib cadangkan stimulus ekonomi harus disegerakan, siap dengan cadangan membenarkan rakyat ambil duit dari tabung KWSP mereka, terus kerajaan sediakan pelan jangka pendek dengan cadangan KWSP diterima sebahagian daripada rancangan jangka pendek.

Dan Najib nampak ni seminggu-dua minggu lebih awal sebelum seluruh dunia terhumban dalam krisis ekonomi dek Covid-19. Semoga cadangan lain macam BSH dibuka untuk semua lapisan, dinaikkan dan disegerakan akan diikuti juga awal bulan April nanti bila pelan sebenar diumumkan.
Lepas tu DS Najib cadangkan kita jadi macam Korea Selatan. Kita buat saringan percuma, kita kejar setiap rakyat kita supaya buat saringan. Ini bukan masa tunggu dan lihat.

Mana-mana yang dijangkiti terus kuarantin sebelum deme jangkitkan kat orang. Hari ini, Director General of Health, Dr Noor Hisham Abdullah baru jer umumkan kita akan ikuti langkah Korea Selatan.

Sebab KS berjaya buru setiap yang terjangkiti inilah yang membawa kepada kejayaan mereka kawal Covid-19 meski suatu masa, mereka berada di tangga kedua paling teruk di dunia.

Kalau Najib jadi PM lagi hari ni, percayalah lagi cepat kita keluar dari krisis. Ini PM yang korang jatuhkan dulu atas fitnah-fitnah daripada PH. Tapi ternyata buah akalnya sentiasa boleh dipakai.
Patutlah zaman dia dulu, pasaran saham kita dikenali sebagai the world’s longest bull run. Patutlah dia bawak kita keluar dari krisis ekonomi 2008 dengan cara kita tak terasa apa-apa pun padahal itu krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah, jauh lebih teruk daripada krisis kewangan 1997-1998 zaman Mahathir dulu.

Dia ialah PM yang Malaysian dont deserve, tapi kita sangat perlukan pada saat seperti ini...
Kalau nak harap kerajaan sebelum ni, aku jamin mgkn malaysia jadi macam italy.

Facebook : Helmi Effendy


MR :  Setuju..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Najib tak pernah jadi masalah.

    Yang bermasalah tu BINI DIA.

    BalasPadam
  2. Ya..ya...ya....setuju , baru baru ni heboh kata DS Najib ada bini ke2 tapi tidak rupa2nya,patut dapatkan seorang isteri baru utk DS(1 je tau),tolak yg lama kekalkan satu saja..aman .

    BalasPadam