Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat Ini
YANG di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob bersetuju supaya Istiadat Mengangkat Sumpah Ketua Menteri Melaka yang baharu diadakan pada 6 Mac ini.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim Hasan menerusi satu kenyataan media, hari ini.
“Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka bersetuju supaya Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka ke-12 diadakan pada 6 Mac 2020.
“TYT turut bersetuju Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pelantikan,” katanya.
Istiadat itu akan diadakan di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh.
Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan rasmi mengenai tokoh dinamakan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu. – myMetro Online
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan