Header Ads

ads header

Flash News

AS cecah 100,000 kes positif, Itali catat 969 kematian dalam 24 jam


AMERIKA Syarikat (AS) muncul sebagai negara pertama yang mempunyai kes positif COVID-19 melepasi angka 100,000 setakat awal pagi Sabtu.

Menurut data Johns Hopkins University jam 6 pagi waktu tempatan, negara Uncle Sam itu mencatatkan bilangan jangkitan virus mencecah 100,717 kes  dengan pertambahan melebihi 16,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Bandar yang paling teruk terjejas di negara pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump itu ialah New York dengan 44,635 kes, New Jersey (8,825 kes) dan California (4,389 kes).

Angka kematian di negara itu juga kini telah mencapai 1,544 kes dengan pesakit yang sembuh sebanyak 862 kes.
Dalam menghadapi krisis kesihatan itu, Dewan Perwakilan A.S pada Jumaat meluluskan pakej rangsangan ekonomi bernilai $AS 2.2 trilion yang terbesar dalam sejarah untuk membantu mengatasi kemelesetan ekonomi disebabkan COVID-19.

Sementara itu, Itali kini berada di kedudukan kedua dengan memintas China dalam bilangan keseluruhan kes positif pandemik itu dengan jumlah 86,498 kes.

Dalam masa yang sama, Itali juga merekodkan jumlah kematian tertinggi dalam masa 24 jam dengan 969 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit COVID-19 yang maut di negara itu mencecah hampir 10,000 iaitu sebanyak 9,134 kes.

China kini berada di tangga yang ketiga dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 81,897 kes yang mana pertambahan hanya kepada kes luar negara dan bukannya kes tempatan.

Data juga menunjukkan kedudukan keempat dan kelima jatuh kepada Sepanyol dan Jerman dengan masing-masing mencatatkan 64,285 kes dan 50,871.

Bagaimanapun Sepanyol berada di kedudukan kedua dalam jumlah kematian akibat COVID-19 dengan 4,940 kes.

Ini diikuti dengan China 3,174 kes dan Iran 2,378 kes serta Perancis 1,995 kes.

BILANGAN kes positif jangkitan COVID-19 di seluruh dunia buat pertama kalinya melepasi angka setengah juta pada Khamis.

Sebanyak 590,594 kes direkodkan dengan melibatkan 176 buah negara seluruh dunia yang mencapai jumlah kematian 26,942 kes.







Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Dah terlambat Anuar lerni mnyk turun dh 1.38cn bkn 1.50cn tp syg ny dok blih gi jln2 atau jln2 cri mkn d sbkn CV19 mnyrang Ngra ni jdi sbor lh dgn printh PKP olih phk kerajaan .😔😏🤔

    BalasPadam