Header Ads

ads header

Flash News

Bagaimana Pimpinan PH kencing rakyat, mari kita belajar


Dulu 31 Oktober 2019... Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui menggunakan sebuah kereta terpakai jenis Proton Inspira ketika ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan dari netizen berhubung penggunaan kereta mewah yang sinonim dalam kalangan ahli politik.

Menerusi perkongsian di Twitter rasminya, Syed Saddiq berkata, beliau bangga menggunakan kereta terpakai dan menidakkan semua ahli politik gila wang serta kuasa.

Masa itu rakyat pun bangga dengan kerajaan PH kononnya mereka berjiwa rakyat.

Hari ini Allah dedah dengan kecurian duit Suku Juta Ringgit tunai dalam rumah. Itu adalah sebahagian daripada tunai yang ada.

Bayangkan 22 bulan menjadi menteri ada duit TUNAI lebih suku juta di rumah?
Berapa duit dalam bank?
Berapa aset lain?

Jika wang itu merupakan sebahagian wang gajinya sebagai menteri selama 22 bulan sebelum ini, kenapa ia ada dalam peti besi di rumahnya?

Bukankah wang gajinya dibayar terus ke akaun banknya dan kalau pun wang gaji itu banyak yang tidak dibelanjakan sepanjang beliau menjadi menteri, untuk apa ia dikeluarkan dan kemudian diletakkan dalam bentuk tunai di rumahnya?

Apakah menyimpan wang di bank sudah tidak selamat bagi Syed Saddiq?

Untuk mengetahui sama ada wang RM250 ribu yang hilang itu merupakan sebahagian pendapatan Syed Saddiq selama menjadi menteri sebelum ini atau tidak, SPRM mesti menyiasat kedudukan akaun bank serta aliran keluar masuk wang dalam simpanannya.

Hanya dengan cara itu barulah diketahui sama ada wang RM250 ribu yang hilang itu adalah sebahagian daripada pendapatannya, datang daripada sumber sahih yang lain atau sebaliknya.

Turut penting untuk diketahui, berdasarkan laporan polis Syed Saddiq sendiri, beliau mendapati wang dalam peti simpanannya sebanyak RM250 ribu telah dicuri/hilang/berkurangan, maka dalam hal ini apakah jumlah RM250 ribu itu saja yang ada dalam peti simpananya dan kemudian telah hilang atau masih ada lebihan yang ditinggalkan lagi dalam peti itu?

Kalau setelah siasatan SPRM mendapati jumlah RM250 ribu yang hilang itu bukan merupakan sebahagian daripada pendapatannya sebagai menteri selama 22 bulan, kesahihan dari segi halal atau haram dan bersih atau kotornya wang tersebut tentu saja menjadi persoalan ramai.

Apatah lagi, jika selain RM250 ribu yang hilang itu, ada lagi lebihan yang mungkin lebih besar jumlahnya yang tidak dicuri atau hilang daripada peti simpanannya.

Pokoknya, demi ketelusan dan kepentingan ramai, sementara siapa yang mencuri wangnya ingin sangat diketahui oleh Syed Saddiq, rakyat di luar, termasuk pengundi Muar, sebenarnya lebih ingin tahu bagaimana wang sebanyak itu atau mungkin lebih, boleh diperolehinya.


Bagaimana dengan pimpinan lain PH
Berapa banyak duit mereka ada?


MR :  PH tu kan Pakatan Hancing sudah cukup 22 bulan, katakan tidak kepada mereka!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


19 ulasan:

  1. Harap SPRM siasat SiPEROMPAK $250.000.00 tanya dia rompak kat mana duit hancing tu

    BalasPadam
  2. Bila blogger cap ayam balas balik hujah saya.
    (lihat tulisan sebelum nya)
    Sekali lagi diberi tahu.
    Sebagai menteri, SS bergaji + elaun sebanyak RM 56,300.00 sebulan.
    22 bulan hampir RM 1,2 juta.

    SS pun dah nyatakan duit nya RM 90,000 saja selebihnya adalah duit ayahibu nya, utk kos renovation.

    Sebagai kontraktor saya lebih tahu, adakalanya client saya akan menyerahkan 100% kos renovation.

    Jadi jangan lah tunjukkan kebodohan lagi.
    Apalagi blog ini dibaca & dilihat oleh jutaan org.

    Yang sprm jumpa RM 600,000.00 tunai kat YB Baling & juta-juta kat rumah najib itu yg patut di beritahu rakyat.
    Ini duit yg tidak muhasabah.

    Nak jilat pun jangan lah sampai ke kelamin.

    Atau boleh lah tukar nama
    capayam.blogspot.com.

    BalasPadam
    Balasan
    1. client yang 100% pada kontraktor bukan bodoh,cuma tak cukup cerdik jer.belum buat apa2 pun dah dibagi duitnya semua.tak munasabah langsung.
      saya pun tau,saya juga seorang kontraktor.

      satu lagi sape la punye idea pergi curi duit tu masa ada banyak kat rumah.sape la punye idea tu.
      serba-salah betul la.kalau tak report rugi.kalau report,kantoi.
      macam mana ye...

      Padam
  3. Bila blogger cap ayam ini menanyakan berapa banyak mereka@ph ada ?

    Cuba lah buka fakta.
    Siapa ahli parlimen yg tidak mengistiharkan harta?
    Umno & pas kan.

    In syaa Allah.
    18 mei 2020 tak berapa lama lagi.

    Yg khianat tak akan pernah menang dalam keadaan apapun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sangat2 bersetuju dengan apa yang tuan katakan ini.
      YANG KHIANAT TAK AKAN PERNAH MENANG.
      sama2 kita nantikan.tak kira la parti apa sekalipun.SALAH TETAP SALAH.!!!

      Padam
  4. Betul tu tak kan duit simpan dlm peti besi bagus juga kena curi itu kerja Allah org klau tak salah tak kan cakap awal duit pertubuhan lepas tu takut cakap pulak duit keluarga dan dia habis cakap nak buat rumah pulak kenapa simpan dlm peti besi dlm store .padan muka selalu kutuk bn pencuri perompak penyamun .itu baru seorg ment yg lain blm lagi tu sebab mcm org gila pertahankan ph sampai kata sultan dan Tmj org yg rakyat johor sayg .sudahlah jgn menipu sprm latifah koya k dah tak ada ....semua terkoyak terbelah .Jgn cakap tak serupa bikin .....makan dirisendiri sumpah sumpah makan sumpah kan.....

    BalasPadam
  5. Klau nak tau pegi la tgk mcmmane pej.ph@dap kat kluang ni,yg jaga kaunter tailong,suka2 dia nak marah2 org,btul2 lagak mmg mcm tailong...hampeh....

    BalasPadam
  6. Tengok sndiri pej. Utk rakyat kluang ph punyer,yg jaga tu sapa erk?mcm tailong jer,mnyampah nak masuk pun rasa mcm tailong sume kat dlm pej. Tu,x caya g tgk sndiri

    BalasPadam
  7. Apa alasan yg diberi rakyat menilainya duit dari mana...

    BalasPadam
  8. Inilah pakatan harapan konon. Pandai makan,pandai pandailah simpan.. . . Berlagak macam malaikat. Telus, jujur,ikhlas dan macam macam lagi sebutan yg baik. Taik mu... Tentunya lebih banyak lagi daripada ini dari PH. Ok. Bye.. . .

    BalasPadam
  9. Setuju.lagak macam malaikat. Alasan duit mak la duit ayah la. Apa ayah dan mak dia tak pandai simpan duit da ka.

    BalasPadam
  10. Lantak Kome ler...
    Sekarang ni, sakit covid 19 belum selesai...sakit lain pulak yang dapat nanti...

    BalasPadam
  11. Mungkin...ALAMAK TOYOL punya kejelah tu..dlm PETI BESI kan,MUSTAHILAH simpan DALAM PETI BESI,bole senang2x,nak dibuka..PETI BESI CAP APE DIGUNAKAN TU...JGN..JGJ...JGNNNNN...HMMMMM.....

    BalasPadam
  12. tu la...dulu si suckdick ni mengata orang lebih..sekarang giliran anda pula....

    BalasPadam
  13. Allah beri kita aqal.Fikir baik buruk sebelum berkata sebab itu boleh jafi fitnah@ dosa.Saya tidak menyebelahi mana2 pihak.Usia saya yg dah hampir 60 tahun telah melalui masa pem.BN,PH dan kini PN.Jangan bohong kalau sebahagian pemimpin itu tidak terlibat rasuah.Bezanya besar atau kecil sahaja.Lagi lama pegang jawatan,faham2lah.Duit tu pula dtg dari pelbagai sumber spt dpt projek,luluskan projek,berniaga,NGO dan macam2.Jadi hasilnya bercampur2.Biarlah,kalau tidak dpt dikesan kesalahannya pun,diakhirat kelak semua makhluk akan tahu Terima sahajalah pembalasan dari yang Maha Esa.

    BalasPadam
  14. Allah melarang keras saudara seagama membuka aib saudaranya.. Dulu najib di kata perompak, penipu, dan penipu.. Ingatlah klu Allah membuka aib seseorang, tiada siapa yg menduganya.. Belajarlah dari kesilapan ini.. Ini balasan Allah buat manusia yg lupa akan kebesarannya...

    BalasPadam
  15. Duit haram takkan bagi manfaat pada sesiapa sekali pun.

    BalasPadam