Header Ads

ads header

Flash News

Bahasa Covid-19 DAP dalam paru-paru AMANAH


Ada orang cakap AMANAH khadam DAP, ada orang cakap jangan serang DAP, pasti AMANAH akan pertahankan. Ada orang cakap AMANAH adalah suara DAP, AMANAH akan pertahankan bahawa DAP memperjuangkan ISLAM dan menjaga Islam.

Saya fikir itu semuanya seolah-olah fitnah. Tapi apabila covid-19 menyerang dan saya memahami bagaimana virus ini suka manusia untuk dijadikan tapak rumah untuk mereka membiak saya mula memahami bahawa 'Bahasa Covid-19 DAP dalam kluster AMANAH"

Tak percaya?
Lihat dalam apa situasi sekalipun Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak, Dr Muhaimin Sulam akan menjelaskan kepada anda "Bahasa (boleh juga dibaca bahaya Covid-19"
Anda boleh membaca bagaimana rosakknya paru-paru dan penafasaan AMANAH oleh covid-19 DAP.

-------

Belajar bahasa Covid-19
Dr Muhaimin Sulam

Bahasa Covid-19 adalah bahasa dunia masa kini. Bahasa pandemik. Bahasa yang merentasi benua.

Dulu-dulu ada orang mendoakan agar bahasa Covid-19 ini datang ke Malaysia. Katanya, biar bangsa DAP faham bahasa Covid-19.

Sekarang benar-benar bahasa Covid-19 berada di depan pintu rumah masing-masing. Ia tidak mengira penghuni rumah itu bangsa DAP atau bangsa lain, agama Islam atau bukan Islam. Ini benar-benar bahasa yang menuntut nyawa.

Tiada siapa yang dapat menyangkal. Orang China berbahasa Mandarin setuju. Orang Israel berbahasa Ibrani, akur. Orang Itali yang tidak bertutur bahasa Inggeris mengakui. Orang Nusantara macam Malaysia sedang tekun memahami bahasa Covid-19.

Ia tidak pernah dituturkan berlaku sebelum ini. Bahasa ini perlu difahami oleh semua orang.



Tatabahasanya rumit. Pakar bahasa Covid-19 masih terkial-kial mencari formula terbaik untuk memahami bahasa ini. Ia semakin sukar apabila kenyataan menteri kerajaan belakang pintu kadang-kadang setaraf saja dengan bomoh Satu Malaya.

Memburukkan keadaan, berlaku pertembungan autoriti di antara pakar bahasa Covid-19 terlatih dari Cambridge University dengan pakar-pakar bahasa Covid-19 yang naik junjung selepas dapat kuasa.

Ketika artikel ini ditulis, Malaysia merupakan negara keempat dalam penguasaan bahasa Covid-19 di peringkat Asia.

Penggusti berhenti sejenak

Sudah lebih 1,183 kes positif setakat ini dan empat orang sudah meninggal dunia manakala 87 telah dibenarkan pulang ke rumah. Angka ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan bahasa Covid-19 melebarkan wataknya.

Sudah masuk hari kelima, saya dan juga rakyat Malaysia berkurung dalam rumah. Bukan lagi ‘social distancing’ tetapi sememangnya langsung tidak bersosial saja, kecuali hubungan di antara suami isteri sahaja.

Menjadi suatu keperluan yang amat kepada rakyat mengetahui bahasa Covid-19. Bahasa Covid-19 datang semacam tepat pada waktunya. Ia berlaku di tengah-tengah keributan ahli politik berpencak silat merebut takhta kuasa di Shareton.

Segala makhluk politik dari seantero dunia turun malam itu. Bersatu merebut kuasa. Sedang yang berkuasa bertungkus-lumus mempelajari bahasa Covid-19 tanpa henti.

Acara di gelanggang sedang berlangsung, tiba-tiba bahasa Covid-19 masuk ke tengah-tengah podium. Langsung seakan-akan terhenti seketika para penggusti kuasa bertelingkah.



Tiba-tiba sahaja Muhyiddin Yassin diisytihar sebagai pemenang. Bukan tiada bantahan atau gerakan melawan keputusan itu. Ada. Akan tetapi bahasa Covid-19 seakan membisukan suara rakyat yang keramat itu. Masing-masing sibuk bertutur bahasa Covid-19 siang malam, pagi petang tanpa henti.

"Stay at home. Stay at home. Stay at home." Muhyiddin lebih lancar merayu dalam bahasa Inggeris.

Berulang kali ia disebut dengan fasih. Itulah bahasa Covid-19. Pengumuman pihak polis menggunakan pembesar suara kepada orang awam yang sedang beriadah tidak dihiraukan.

Orang awam seakan tidak memahami bahasa yang digunakan oleh pihak polis. Itulah bahasa kebangsaan. Bahasa Covid-19 adalah bahasa Inggeris, barangkali.

Oleh itu, langkah awal kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin adalah memastikan sebarang gerakan rakyat dapat dikawal. Covid-19 ialah kesempatan terbaik memastikan ketidaktentuan gerakan politik tanah air akibat pertelingkahan politik dapat dihentikan.

Tak ada lagi kesesakan

Kerajaan tidak membenarkan sebarang perhimpunan besar hatta kenduri kahwin pun terpaksa dibatalkan demi membendung wabak ini melebar. Mesyuarat pertubuhan dan parti politik juga dihentikan.

Orang sedang memancing diarah pulang. Mereka tidak tahu, barangkali itulah lauk buat anak isteri. Bahasa Covid-19 tidak kenal kasihan dan pertimbangan.

Sekatan jalan raya oleh pihak polis juga dikatakan tidak dapat menghalang orang ramai yang tidak reti duduk diam. Akhirnya kerajaan memutuskan untuk mendapatkan bantuan Kementerian Pertahanan bagi membantu penguatkuasaan dalam pelaksanaan pendekatan ‘social distancing’.

Bahasa Covid-19 menurunkan harga petrol sehingga RM1.50 seliter. Bursa saham menjunam dan Bursa Malaysia kehilangan berbilion-bilion ringgit dalam seminggu ini.



Tiada langsung kesesakan jalan raya di kota raya dan Tambak Johor. Kadar kemalangan jalan raya menurun. Kadar jenayah pun merudum.

Semua kaum ibu dan isteri memasak di rumah untuk ahli keluarganya. Semua anak-anak memakan air basuhan tangan ibu. Suami membantu isteri - daripada mengemas rumah hingga memasak lauk-pauk. Inilah cerminan keluarga bahagia.

Kilang Carlsberg dan Anchor tutup operasi. Kedai nombor ekor, kasino Genting Highlands tutup. Satu pencapaian yang luar biasa kerajaan di bawah Muhyiddin.

Bil elektrik mulai April akan menerima diskaun sehingga enam bulan. Bayaran PPPTN juga ditangguhkan bagi mengurangkan beban peminjamnya. Tidak cukup dengan itu, beberapa kerajaan negeri memberi beberapa bantuan dan sumbangan bagi mengurangkan bebanan.

Terdapat juga Adun yang kelihatan ceria mengedar ikan kembong kepada asnaf zakat, mengedar penutup hidung, menghantar bekalan makanan dan sebagainya walaupun sebelum itu dia menitiskan air mata.

Semua langkah tersebut memang patut dipuji. Media mereka sendiri giat mengulang tayang keprihatinan mereka. Laksana hero turun dari langit ke tujuh.

Kerja tanpa publisiti

Bukankah ini semua berlaku di bawah pemerintah Muhyiddin? Apa lagi yang kamu mahu?

Ironinya, masjid-masjid juga ditutup. Madrasah tiada kelas agama. Tiada solat Jumaat walaupun DAP sudah tersungkur. Sekolah-sekolah cuti. Pejabat dan kedai-kedai tutup. Hospital dan klinik menangguhkan pembedahan yang tidak kritikal. Peniaga gerai dan warung tepi jalan kehilangan pekerjaan. Pekerja-pekerja kilang terpaksa berkurung dalam asrama.

Majikan menanggung kerugian yang tidak sempat dihitung.

Para petugas kesihatan sama ada di hospital, klinik atau jabatan lain bertungkus lumus menguasai bahasa Covid-19. Bertarung antara hidup dan mati.



Sudah terdapat doktor dan polis menjadi mangsa dan masih dirawat. Ini adalah pertarungan antara nyawa dengan tanggungjawah nasional. Pihak keselamatan, pemandu bas, lori dan pengedar makanan dan sebagainya yang kekal bertugas tanpa dendangan sesiapa pun. Tanpa kemera. Tanpa publisiti.

Bahasa Covid-19 sungguh luar biasa. Bahasa Covid-19 adalah alat kuasa yang berfungsi pelbagai. Oleh kerana itu, Muhyiddin mempunyai masa untuk bermain golf bersama taikun yang menderma untuk tabung bahasa Covid-19. Ia harus dimaafkan.

Namun di sebalik itu, Muhyiddin menamatkan khidmat setiausaha agung partinya tanpa berunding dengan pengerusi parti dia sendiri. Adakah ia harus dimaafkan juga?

Di sebalik itu, usaha memancing pimpinan Pakatan Harapan (PH) masih berterusan. Muhyiddin menggunakan jentera kerajaan untuk mematikan sebarang elemen kebangkitan rakyat yang tidak berpuas hati peralihan kuasa.

Maafkan sahaja?

DR MUHAIMIN SULAM
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak


MR :  Bukan paru-paru amanah tapi paru-paru ikram sekali


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Tuan DR, Covic19 ialah semaian PH semasa berkuasa dengan membawa masuk pelancong China secara mudah dan berleluasa sewaktu negara lain telah mengadakan sekatan kemasukan. PN ambil alih dan menuai hasil daripada bodoh sombong PH.
    nampak kasih sangat kepada DAP. Memangpun DAP yang banyak merosakkan keadaan sewaktu 22 bulan merintah. Orang kafir dalam DAp hina Rasullullah, di mana puak PAN. semuanya mengunci mulut tapi jika disentuh DAP, maka PAN akan berada dihadapan, bingkas bangun pertahankan DAP

    Nak salahkan Muhyiddin, PH tumbang? Tanya atuklah, sekejap letakl jawatan,sekejap ambil balik dan tanya uak PH pagi sokong,petang tentang,malam setuju pagi esok tak setuju.Semuanya berlegar mabuk PM antara atuk dan Nuar. Seolah-olah bahan gurauan.20 tahun ni atuk dan Nuar lah yang banyak porakperandakan negara.GILA KUASA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa nama.
      Banyak membaca luas pengetahuan.
      Dan banyak ilmu.
      Gelombang pertama Coronavirus berjaya dikawal oleh kerajaan pilihan rakyat pakatan harapan.

      C19, dibawa oleh rakyat Malaysia.
      Shnggakan kerajaan pengkhianat nasional memberi fatwa "minum air suam.
      Bukan saja melibatkan ribuan yg terjangkit, malahan kematian sudah mendekati puluh..
      Kita doakan agar tak menjadi ratus.

      Memang atuk yg asbab kerajaan ph hilang kuasa, tapi sebagai pejuang adakah layak button kemenangan diterima dari kumpulan yg kalah.
      Yg kalah tak salah utk berjiwa besar.
      Bukan hak yg kalah terima kerusi pm.
      Jadilah anak jantan.
      Siapkan diri hadapi pru akan datang.
      Berlawan sebagai pendukung demokasi tulin & bersih.

      Tapi bagaimanapun
      Sebagai orang pejuang, saya bersyukur masa ini kerajaan diambil oleh pengkhianat.

      Nama nya pengkhianat, bukan saja tidak disukai oleh orang yg dikhianati tapi yang maha kuasa pun akan turut memberikan celaan.

      Yaa celaan Allah itu sudah ada didepan mata.
      - bala semakin besar.
      - ekonomi menjunam
      - Ringgit turun.
      - Saham turun.

      Jadi adalah lebih baik pemimpin kerajaan pengkhianat nasional ini, muhasabah diri.

      Kembali kepangkal jalan.

      Jangan ambil yg bukan hak kita.

      Akhir sekali.
      Haram gaji bagi YB lompat parti.
      (pemimpin pas)

      Adakah kini dah jadi halal.

      Sekadar renungan.

      Padam
    2. Arif Muluk, kamu adalah munafik sebenarnya atau setidaknya kafir terang terangan. Cakap belit-belit tanpa fakta yang mendukung, sama lah macam madey.

      Padam
  2. Assalamualaikum.
    Malaysia mengamalkan sistem demokrasi , jadi setiap warga negara berhak keatas negaranya walaupun ia kaum bukan dari melayu..
    Dan jika tidak mahu kaum lain menganggu cara hidup kaum melayu ,
    Mansuhkan demokrasi dan juga lambang bendera parti politik dimade in malaysia dan jadikan made in malaysia seperti negara Brunei yang menjunjung Syairat Allah dan RasulNYA.. Bermakna kaum2 local yang lain tidak berhak lagi untuk mencampuri urusan Brunei kerana berSyairatNYA..
    Gudmlm.
    Mf ggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu dijelaskan sistem demokrasi di tanah pusaka Malaysia ini ialah sistem demokrasi berpelembagaan BUKAN demokrasi mutlak. Sila baca perlembagaan dan fahami peruntukkan-peruntukkan Melayu, agama Islam dan Raja-raja Melayu di dalamnya. Selagi melayu adalah majoriti adalah hak mereka untuk meyesuaikan peraturan dan budaya mengikut budaya melayu di mana yang baik untuk di pakai. Jangan kelirukan rakyat ye..

      Padam