Header Ads

ads header

Flash News

Bila dah tumbang mula tunjuk muka sedih nak minta tolong...


Masa mula-mula Amanah ditubuhkan dulu, Amanah Lumut ada minta buat program dengan Kuasa. Tujuanya ialah untuk mendedahkan ahli Amanah Lumut dengan isu-isu alam sekitar terutamanya dalam Daerah Manjung. Kita buat...dan depa pun berjanji akan mengetengahkan isu-isu alam sekitar mengikut saluran politik. Lepas tu diam.

Bila PH menang di Perak, Exco yang bertanggungjawab tentang Alam Sekitar dapat kat Aziz Bari. Tak tau la apa yang dia buat. Yang aku tau, dia buat tak tau.

Sorang lagi Exco dari Amanah. Walaupun bukan tentang alam sekitar, dia bertanggungjawab terhadap NGO. Kita pun mengharapkan, dia ambil berat la tentang NGO. Bukan kita nak mintak bantuan atau sokongan...memang tak harap apa pun. Tapi kalau tak boleh bantu, jangan la memusuhi.

Semasa insiden blockade Orang Asli di Gerik tahun lepas, Exco Amanah membuat kenyataan kepada media mengkritik kami sebab menyokong Orang Asli dan menuduh kami sengaja nak cari populariti.

Bila aku kritik Tan Kar Hing, dia minta untuk berjumpa...aku jumpa.
Bila aku kritik Nizar, dia minta jumpa...aku jumpa.
Tapi dengan Hasnul ni lain macam. Sep atutnya, sebagai Exco yang bertanggungjawab tentang NGO, dia jumpa la selagi ada NGO kat Perak ni tapi kita nak jumpa pun dia tak mau.

Bila dia keluar kenyataan mengatakan kami hanya mahu mencari populariti, aku tak kutuk balik, sebaliknya menghantar mesej untuk berjumpa. Cakap saja setuju tapi bila suruh dia tetapkan masa dan tarikh, terus buat bodo.

Aku bukan sengaja nak cari pasal. Kawan tu pun dah menangis teresak-esak hilang jawatan, tapi bila dapat mesej dari seorang pemimpin Amanah yang bila dah jatuh baru nak membantu...aku rasa nak mencarut saja.

Sebelum naik, cari NGO untuk menunggang isu. Bila dah dapat kuasa, kita pulak jadi musuh. Bila dah tumbang, baru datang balik nak bantu.

Pirraahhh.
Mat Saman Kati


MR :  Sekarang puak-puak AMANAH dah rajin ke masjid... dah beri salam dan ramah mesra.. Nak minta tolong juga ke tu?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan