Header Ads

ads header

Flash News

Bilal mangsa simbah petrol dan bakar meninggal dunia


ALOR SETAR: Seorang bilal masjid yang melecur akibat dibakar selepas disimbah petrol bulan lalu dilaporkan meninggal dunia hari ini setelah 22 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (Kebakaran), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
 
Anak sulung bilal Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat, Mergong, Amri Budin, 66, memaklumkan ayahnya tidak menunjukkan tindak balas kepada ibunya, Habsah Mustafa sejak jam 11 pagi tadi sebelum menghembuskan nafas kira-kira jam 4 petang tadi.
 
Shahrizal Amrin berkata selepas bapanya menjalani pembedahan mengambil isi peha bagi menggantikan bahagian kulit melecur di bahagian kiri badannya, arwah bapanya koma dan tidak sedarkan diri sehingga pagi tadi.
 
Katanya, doktor memaklumkan keadaan bapanya makin tenat dan ahli keluarga diminta berkumpul untuk melihat keadaannya buat kali terakhir.
 
"Kita dah buat macam-macam, sudah tebuk dekat leher, tebuk sudah banyak, tidak mahu seksa dia,kalau dia hendak pergi, pergilah," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.

Shahrizal berkata, mereka sekeluarga menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek berusia 40-an yang ditahan polis pada hari kejadian.


MR :  Innalillah...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan