Header Ads

ads header

Flash News

Boleh percaya ke berita ini? -- Sekarang Mahathir dan PH lancar Perang Psywar nak kencing simpati rakyat


Zahid minta jawatan kanan Kabinet, kata pembantu Dr M
Media menunggu di luar kediaman Dr Mahathir Mohamad minggu lalu selepas tercetus krisis politik selama seminggu.

PETALING JAYA: Seorang pembantu bekas perdana menteri mendedahkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi meminta jawatan kanan dalam Kabinet ketika menyertai mesyuarat lewat malam antara pemimpin politik dan Dr Mahathir Mohamad pada Ahad minggu lalu.


Timbalan setiausaha akhbar Dr Mahathir Mohamad,
Abdul Muhaimin Mohd Muhayeddin.

Timbalan setiausaha akhbar Mahathir, Abdul Muhaimin Mohd Muhayeddin berkata, Mahathir terpaksa menahan sebak dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM pada petang Ahad lalu kerana beliau didesak menyuarakan pendirian sama ada mahu menerima pemimpin Umno dan PAS dalam kerajaan baru.

“Tun pun balik rumah,” tulis Muhaimi secara panjang lebar di Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beberapa pemimpin politik pergi ke rumah Mahathir untuk membincangkan “pelan seterusnya”.

Mereka termasuk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PKR ketika itu, Mohamed Azmin Ali, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, pemimpin Gabungan Parti Sarawak, Abang Johari Openg dan Fadillah Yusof.

“Masa inilah Zahid keluarkan syarat-syarat dia, antaranya jawatan kanan Kabinet, kena ambil semua sekali atau tak nak terus, dan minta buat keputusan sekarang juga.”

Katanya, mereka mahu Mahathir membuat keputusan segera kerana kes mahkamah membabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak dan Zahid sendiri.

“Tun kata (itu) kerja bodoh. Belum apa-apa dah ugut.”

Muhaimin berkata, pemimpin PPBM membincangkan cadangan menubuhkan gabungan baru dalam mesyuarat kepimpinan terdahulu.


Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, Mahathir menolak idea bekerjasama dengan Umno sebagai sebuah parti, walaupun beliau terbuka menerima sejumlah ahli Parlimen dari parti itu.

Katanya, hanya beberapa pemimpin yang menyokong pendirian Mahathir, termasuk Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik, A Kadir Jasin, Mukhriz Mahathir dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi.

Beliau berkata, Mahathir menahan sebak dan meminta mereka yang berada dalam mesyuarat itu “jangan paksa beliau melanggar prinsipnya”.

Muhaimin berkata, tiada keputusan dibuat dalam mesyuarat itu dan Mahathir diberikan masa untuk berfikir.

Katanya, Azmin berharap Mahathir akan mengubah fikirannya mengenai kerjasama dengan parti pembangkang ketika itu.

Muhaimin mendedahkan pada Isnin lalu, apabila Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri, pemimpin Pakatan Harapan seperti Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada PKR, Mohamad Sabu daripada Amanah dan Lim Guan Eng daripada DAP menemui Mahathir secara individu.


Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Katanya, pemimpin PH itu pada mulanya menganggap Mahathir merancang perjumpaan di sebuah hotel pada Ahad malam, termasuk puak Azmin, PPBM dan pemimpin pembangkang. Pertemuan itu dilabelkan “langkah Sheraton”.

“Selepas seorang demi seorang jumpa Tun, mereka dah dijelaskan apa semua. Mereka sedar yang Tun M adalah orang yang ikhlas dan berprinsip sebab Tun M boleh jadi PM kepada gabungan semua parti tapi waktu itu dah terlambat, Tun M telahpun letak jawatan.”

Mahathir mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan untuk menyelesaikan kemelut politik itu, susulan peletakan jawatannya dan keputusan PPBM meninggalkan PH sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PH.

Muhaimin berkata, sebelum pemimpin parti politik menghadap Yang di-Pertuan Agong, PH menemui Mahathir dan beliau setuju menjadi perdana menteri semula, tetapi bersyarat.

Ketika itu, katanya, PPBM sudah mencalonkan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan bersetuju bekerjasama dengan Umno dan PAS sebagai sebuah parti, idea yang dibantah Mahathir.

Beliau berkata, paling menyedihkan sepanjang kemelut politik itu ialah Mahathir dikhianati ramai orang yang dipercayainya dan dianggap kawan, termasuk beberapa ahli Parlimen.

“Itu yang Tun M kata dia dikhianati. Ya. Pengkhianatan yang terbesar. Tun M nyatakan TSMY (Muhyiddin Yassin) adalah pengkhianat beliau.”

Pagi tadi, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 selepas mendapat sokongan daripada Barisan Nasional, PAS, Gabungan Parti Sarawak, beberapa ahli Parlimen dari PPBM dan PKR.


MR :  Zaman dah berubah rakyat matang demi psywar untuk simpati...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. ahli politik Malaysia ni menarik bila kita kaji..

    lebih2 lagi si Mahathir ni,
    Dia merompak duit Negara secara bersistematik untuk 22 tahun.. tapi dia tunding jari kat najib dikata pencuri.

    Dia masukkan Anwar dlm penjara... then keluarkan untuk di "GAME' kan sekali lagi.

    Dia bermatian-matian melawan dasar DAP dari zaman muda ...tapi bila dh tua, dia sendiri cium mulut dgn DAP dan PKR.

    Dia menjadi sebabnya politik melayu berpecah belah sejak dari zaman umno baru , semangat 46, PKR, PPBM, dll...
    Tapi disalahkannya UMNO dan PAS.

    Dia yang kucar kacirkan PH dan konon merajuk letak jawatan sehingga menasihati YDP agong membubar kerajaan sedia ada.
    Tapi disalahkannya UMNO ..

    Dia kena "GAME' dgn semua ahli politik yang lain pada penghujung cerita...tapi akhirnya cuba nak pertikai titah AGONG.

    MADET.... stop it la atok.
    Your time is up.. get a life..
    1998 dulu ko ngan nuar bikin huru hara.
    2020 kau masih tak habis lagi huru harakan Negara..?

    Hang dengan DAP/PKR tu sama ja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat lawak pulak madey ni sebak la menangis la mcm budak kecik ini semua lakonan bodoh cukup2 la nak kecing rakyat madey..

      Padam
  2. nagara aman suda la isu2 mcm ni..buat pening je

    BalasPadam