Header Ads

ads header

Flash News

Cynthia Gabriel dan suami dikritik kerana rahsiakan identiti selepas dijangkiti Covid-19


Pemimpin yang enggan dinamakan itu berkata suami isteri itu disahkan positif selepas proses saringan dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 2 minggu lalu.

“Mereka ini pasangan suami isteri yang boleh dikatakan dikenali ramai tetapi mereka ingin merahsiakan apabila dijangkiti Covid-19.

“Ramai juga mereka jumpa di kalangan aktivis NGO terutamanya, kerana mereka terlibat dalam mengadakan mesyuarat-mesyuarat membantah pembentukan kerajaan Perikatan Nasional,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata, tindakan pasangan itu yang merahsiakan jangkitan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana ia menyukarkan usaha pihak berkuasa mengesan mereka yang pernah mempunyai kontak rapat dengan tokoh masyarakat itu.

“Persoalannya kenapa pasangan suami isteri akitivis ini merahsiakan nama mereka setelah didapati positif?

“Sangat tidak bertanggungjawab dan tidak telus. Mereka menunjukkan sikap buruk seolah-olah jika didapati penyakit ini adalah satu stigma, mohon sesiapa yang ada kontak terus ambil perhatian,” kata aktivis itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan I, Dr Noor Azmi Ghazali menyifatkan mana-mana pihak termasuk tokoh masyarakat atau VIP yang bertindak menyembunyikan identiti selepas dijangkiti Covid-19 sebagai tidak bertanggungjawab kerana ia menyukarkan usaha membendung penularan wabak.

Beliau merayu dan menasihati mana-mana pihak disahkan positif memaklumkannya bagi memudahkan pihak yang pernah mendekati dan berhubung dengan mereka dijangkiti melakukan pemeriksaan segera.

“Malah ramai yang akan terkena jangkitan kalau mereka tidak ‘isolate’,” katanya kepada FMT.

Difahamkan pasangan itu telah memaklumkan berhubung status kesihatan mereka dalam satu kumpulan WhatsApp.

“Mereka ada memaklumkan dalam kumpulan yang mempunyai lebih 120 ahli yang terdiri dari NGO-NGO hak asasi pada 17 Mac lagi,” katanya salah seorang ahli yang berada dalam kumpulan WhatsApp itu kepada FMT sambil menafikan pasangan itu cuba menyembunyikan status kesihatan mereka.

Setakat ini sebanyak 1,518 individu disahkan positif dan 15 kematian direkodkan di Malaysia. – – FMT



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: